Kerajaan Malaysia tangguh ibadah haji 1441 Hijrah ke tahun hadapan
Sebentar tadi , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri telah melakukan sidang media jam 4 petang.
Dalam sidang media tersebut, beliau menzahirkan rasa syukur kerana kita telah berjaya menghadapi cabaran ketika Perintah Kawalan Pergerakkan berlangsung.
Surau & masjid kena ikut SOP
Selain itu, Dr Zulkifli telah memaklumkan bahawa surau dan masjid telah boleh dibuka bagi tujuan solat jumaat dan solat berjemaah.Pelbagai aspek telah diteliti satu persatu demi memutuskan sebarang keputusan mengikut SOP yang ditetapkan.
Kapasiti untuk solat jumaat dan berjemaah di kawasan zon hijau di Wilayah Persekutuan majoritinya adalah 1 per tiga dari ruang masjid.
Wanita boleh hadir ke masjid, warga asing minta maaf
Wanita dan juga warga emas turut dibenarkan hadir ke masjid dan surau. Namun, untuk mereka yang tidak sihat atau bergejala tidak dibenarkan sama-sekali.
Walau bagaimapun, pembukaan masjid dan surau hanya di dahulukan kepada warganegara Malaysia buat masa ini.
Haji ditangguh ke tahun hadapan
Disamping itu, beliau telah memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia terpaksa menangguhkan dahulu ibadah haji ke tahun hadapan melihat daripada situasi sekarang setelah mendapat perkenan KDYMM Baginda Agong.
Diakhir sidang media, Dr Zulkifli memohon ribuan kemaafan kepada bakal jemaah haji yang terpaksa menangguhkan ibadah mereka kerana pendemik ini.
Sumber : Harian Metro