Kejar saham akhirat, pemain Kedah beli tanah untuk bina pusat pengajian Islam


Pemain bolasepak pertahanan Kedah, Azmeer Yusof yang giat melakukan kerja-kerja amal sejak kebelakangan ini dilihat bercadang ingin membuka pusat pengajian Islam pula.

Beli tanah untuk buka pusat pengajian

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Facebooknya pagi tadi selepas memuat naik gambar pembelian tanah di Alor Star bagi tujuan pembinaan pusat pengajian Islam yang akan diberi nama Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof.

Segala aktiviti agama akan diadakan disitu

Azmeer turut menyertakan beberapa contoh gambar keadaan pusat pengajian tersebut yang akan menempatkan guru-guru al-Quran, Hadis, kuliah agama, tempat belajar agama dan sebagainya.
Dalam penulisannya juga, pemain bolasepak Kedah itu meminta agar orang ramai terus mendoakan usahanya dan terbuka dengan segala pandangan daripada warganet.

Terima kasih yang menyokong

Dalam muat naiknya juga, Azmeer turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong perniagaannya iaitu syarikat lori sampah dikenali sebagaiAZYU Global Enterprise dan turut menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada golongan warga emas serta orang kurang upaya (OKU) di kedai miliknya di Alor Setar, AY Barber Shop.
Sumber : Azmeer Yusof