100 kerja kosong di pasar raya milik Ebit Lew
Pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew menawarkan 100 pekerjaan kepada rakyat Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di 10 cawangan pasar raya miliknya Elews Mart di sekitar Lembah Klang.
Pasar raya yang akan dibuka pertengahan bulan depan itu menawarkan jawatan seperti pengurus, penolong pengurus, pegawai pemasaran, penyelia dan kakitangan peruncitan bagi setiap cawangan tersebut.
Perkara tersebut dikongsi di Facebook dan mengumumkan lokasi cawangan iaitu di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Subang Perdana, Sungai Buloh, Prima Sri Gombak, Gombak Traders, Shah Alam, Damansara dan Balakong Cheras.
Doakan ya! Buka peluang pekerjaan untuk 100 orang…
Siapa berminat bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan, mereka boleh memohon dengan menghantar resume ke hrelewsmart@gmail.com untuk diteliti oleh pihak pengurusannya.
Posting berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen yang kebanyakan memberi cadangan supaya beliau membuka cawangan di negeri lain pula.
Ini kerana rata-rata mereka turut berhasrat ingin membeli-belah di pasar raya tersebut selain membuka peluang pekerjaan bagi golongan menganggur.
Buka di Penang ustaz, bantu ibu tunggal macam kami
Langkawi pun ramai menganggur
Kalau dari Sarawak, ada penempatan tak ustaz?
Alhamdulillah boleh la mohon kerja
Saya berminat! Saya diberhentikan kerja
Sumber : Ebit Lew