Anggap penderma darah wira negara, PM ucap terima kasih
Hari ini merupakan Hari Penderma Darah Sedunia. Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat video memberi ucapan khas buat para penderma.
Wira negara
Dalam ucapan tersebut, beliau telah memamklumkan bahawa tema tahun ini adalah “Darah yang selamat menyelamatkan nyawa dan slogan “derma darah demi kesihatan sejagat.”
Selain daripada itu, beliau menyifatkan bahawa penderma darah adalah sebagai wira negara kerana bersedia berkongsi darah untuk orang lain.
Oleh sebab itu, beliau mengucapkan terima kasih dan penghargaan buat mereka yang begitu setia menyumbang kepada kesejahteraan kesihatan negara
Susulan daripada ucapan tersebut, beliau telah mendapat ribuan komen menerusi Facebook Muhyiddin Yassin, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih dan sempat mendoakan kesejahteraan buat PM dalam memacu negara.
Tahniah kepada semua penderma
Terima kasih PM!
Sumber : Muhyiddin Yassin