Dari bayar setahun sekali, Aeril Zafrel nekad istiqomah tunai zakat setiap bulan
Membayar zakat merupakan salah satu rukun Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berkemampuan dari segala segi.
Bayar zakat setiap bulan
Oleh itu, usahawan dan juga pelakon terkenal Aeril Zafrel telah memuat naik gambar di pejabat zakat bagi menunaikan kewajibannya itu.
Dalam perkongsiannya di Instagram, Aeril memaklumkan bahawa jika sebelum ini dia hanya membayar zakat setahun sekali, namun sekarang dia berniat dan sedang cuba mengamalkan membayar zakat sebulan sekali untuk zakat perniagaan.
Ajak ramai2 buat kebaikkan
Aeril juga berharap orang ramai mendoakannya istiqomah dalam melakukan kebaikkan dan turut menyeru pihak yang menjalankan perniagaan untuk melaksanakan zakat demi untuk kita semua.
Alhamdulillah, harap kami pun dapat buat sama
Sehubungan dengan posting yang dibuat oleh suami kepada pelakon cantik Wawa Zainal itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif di ruangan Instagramnya.
Mereka menyatakan rasa syukur dan berharap agar tindakan Aeril ini membuatkan lebih ramai individu berusaha untuk dapat melakukan perkara sama seperti yang dilakukan saban bulan selepas ini.
Suntik inspirasi buat semua
Semoga kita semua boleh bantu orang
Semoga digandakan lagi rezeki
Sumber : Aeril Zafrel