LEP̷AS K̷AHWIN SUAMI TAK PERNAH BAGI N̷AFKAH S̷ATU SEN PUN. SEMUANYA ISTERI YANG T̷ANGGUNG.
Kaum wanita yang ingin berkahwin dan memilih bakal suami seharusnya akan lebih berhati-hati, kerana perkahwinan itu akan menentukan hala tuju kehidupan serta bukannya sehari dua untuk hidup dengan seorang lelaki yang bernama suami.
Perempuan kena baca sampai habis. Ambil ni sebagai pengajaran. Ini text yang i dapat di Telegram dari seorang pengikut. Ada seorang wanita, ibu muda berkongsi cerita pasal dia punya perkahwinan. Ladies, ini adalah sebab utama kenapa anda perlu cari lelaki yang bertangungjawab.
It’s okay kalau pasangan anda kurang dari segi akademik atau gaji sikit, yang penting mesti kena ada tangungjawab dan kena hati-hati sebab lelaki sekarang pandai ambil kesempatan, guna perempuan untuk mereka punya financial security.
Ini cerita macam mana seorang lelaki lepas tangan pada anak bini. Nafkah tak bagi, apa semua isteri yang tanggung. Sebab apa? Alasan dia gaji isteri lagi tinggi, duit dia pergi buat benda lain. Bila isteri minta pisah, dia tuduh isteri tak sanggup hidup susah dan canang kat family.
Padahal A sampai Z semua duit isteri yang keluar dan Isteri minta pisah sebab tak tahan dengan sikap suami yang tak ada tangungjawab. Seriously, wanita ni memang cantik tapi itu pun lelaki tak hargai. Lelaki jenis macam ni ada di mana-mana, jadi kalau anda nak kahwin sila berhati-hati pilih pasangan. Lelaki days adalah lelaki yang suka makan duit hasil dari usaha isteri.
Perkongsian dari Auni Ameera. Saya baru berpisah dengan suami. Dulu, suami saya hanya belajar sampai SPM dan terus bekerja. Saya pula belajar sampai peringkat ijazah. Selama kami berkahwin, saya yang kena tanggung semuanya dari A sampai Z. Bukan niat saya untuk burukkan suami sebab dia belajar setakat SPM. Cuma sebagai perempuan, kita perlu fikir betul-betul kalau nak cari suami.
Kadang-kadang bila suami belajar setakat SPM dan gaji kecil, mereka suka ambil kesempatan. Mereka berkahwin semata-mata untuk cari orang yang boleh support dan tanggung segalanya supaya mereka boleh buat apa yang mereka suka.
Nafkah tak bagi, soal rumahtangga pula semua isteri yang buat. Mereka hanya tahu balik rumah dan minta nafkah batn daripada isteri. Dan bila tak bagi, mereka persoalkan tentang kewajipan isteri untuk tunaikan tanggungjawab.
Sekarang ni, kakak saya pun alami benda yang sama. Suami dia SPM, dia pula ada ijazah. Suami dia buat hutang kemudian paksa kakak saya buat pinjaman bank untuk langsaikan hutang dia. Entahlah, mungkin wanita sekarang kena berhati-hati bila memilih suami.
Kadang-kadang lelaki ni hanya nak cari penyelamat masa depan mereka je. Bila dah dapat isteri yang bekerjaya, terus lepas tangan dan anggap isteri boleh bagi segalanya. Bila isteri minta pisah, mereka akan cakap isteri tinggalkan mereka masa susah. Padahal mereka tak sedar selama ini mereka susah pun si isteri juga yang menanggung.
Dalam kes saya pulak, bila saya nak berhenti kerja, suami saya tak bagi. Dia cakap siapa nak tolong dia sara keluarga. Bila minta pisahdituduhnya macam-macam. Sampai keluarga saya sendiri buang saya sebab dia jaja cerita yang saya minta pisah sebab ada orang lain.
Dia cakap saya kena faham kerja dia. Kononnya sekarang ni dia tengah usahakan bisnes jadi semua duit gaji dia labur pada perniagaan. Bertahun-tahun satus sen pun dia tak bagi. Masa untuk keluarga tak ada, nafkah zahir tak ada, tapi bila bab nafkah btn pandai pula dia minta sebab tanggungjawab isteri.
Masa saya mengandung 5 bulan, dia ajak pergi KL dari JB sebab ada kenduri. Saya kata saya tak larat sebab tak sihat. Dia boleh pulak kata saya menipu sebab tak nak pergi dengan keluarga dia. Petang tu saya drive sorang pergi klinik, doktor kata saya ada chicken pox.
Lepas tu saya terpaksa check in di hospital berseorangan tanpa suami sambil bawak perut yang besar tu. Semua staf hospital tanya saya datang sorang je ke. Lepas dah bersalin, anak saya kena kuning. Tapi suami saya lebih rela pergi meeting daripada bawak anak pergi hospital sebab dia kata meeting lagi penting.
Dia balik waktu Maghrib dan nak bawak anak pergi hospital tapi saya tak bagi sebab dah malam. Terpaksa hold sampai esok pagi. Bawak pergi hospital swasta the next day, bil sampai beribu saya yang bayar semua. Bila depan orang suka cakap besar kononnya dah berjaya buat itu ini tapi sebenarnya saya yang tanggung semua benda.
Duit belanja dia pun saya bagi selama bertahun-tahun sedangkan dia kerja. Sekarang ni bila dah pisah, duit anak langsung dia tak bagi satu sen pun. Dah macam mengemis kalau nak suruh dia jumpa anak. And the worst part is, dia beritahu semua orang yang saya nak pisah sebab tak sanggup hidup susah bersama sebab dia kerja gaji SPM dan saya gaji ijazah.
Kalau tak boleh hidup susah, baik dari dulu saya mintak pisah. Buat apa nak tanggung dia lama-lama. Orang lelaki ni, disebabkan ego mereka tak nak berubah. Tolong ingatkan lelaki-lelaki kat luar sana, kalau dapat isteri bekerja please jangan ambil kesempatan.
Kebanyakan orang sekarang berpisah sebab ini lah. Kahwin nak, tapi tanggungjawab tak nak jalankan. Lepas tu salahkan isteri tak boleh hidup susah bersama. Saya jaga anak macam nak apa je sorang-sorang dari awal bersalin sampailah anak dah besar.
Saya sakit terlantar dan penat lelah semuanya dia tak ambil tahu. Masa anak merah lagi langsung tak nak jenguk dan jaga. Bila anak dah pandai main dan sihat, baru nak mengaku anak. Dulu lepas dah habis pantang 44 hari barulah saya boleh pergi buat surat beranak anak saya.
Ayah dia terlalu busy dengan bisnes juta-juta dia tu. Susah sangat hidup saya masa tu. Saya bertambah struggle bila terpaksa keluar dari rumah bawak pakaian je. Dah lah kena tanggung hutang dia pakai nama saya. Kes kakak saya pulak dah bertambah teruk.
Suami dia ambil pisau dan paksa kakak saya tkm dia sebab minta pisah. Kakak saya dah tak larat dan dah tak mampu lagi nak tolong dia selesaikan masalah hutang dia. Padahal kakak saya dah buat loan sampai 50k semata-mata nak langsaikan hutang keliling pinggang dia tu.
Jadi, budak-budak muda sekarang janganlah sibuk sangat fikir nak kahwin. Ingat semua happy ending ke? Kebanyakannya kecundang di tengah jalan. Kawan-kawan saya yang tak kahwin lagi sibuk fikir pasal kahwin sebab takut ketinggalan jadi anak darra tua.
Tapi diri sendiri tak matang untuk berkahwin. Ramai jugak yang tanya kenapa saya tak sedih langsung sebab berpisah pada umur muda. Jawapan saya senang. Saya beritahu kawan-kawan saya yang hidup single lebih happy daripada kahwin dengan lelaki yang salah. Alhamdulillah, hidup saya lebih gembira sekarang dan saya dah tak kisah langsung pasal lelaki sebab dia yang ajar saya hidup berseorangan tanpa suami.
Apa Yang Isteri Minta Semua Suami Tunaikan Walaupun Gaji Suami Tak Cukup. Pelik Dari Mana Suami Dapat Duit. Tergamam Satu Hari Tu Isteri Ternampak Benda Ni Dalam Kereta.
Lepas setahun kahwin, aku disahkan mengandung dan mengalami alahan teruk. Terpaksa berhenti kerja. Gaji suami selau tak cukup, tapi pelik , dia tak pernah menghampakan aku bila mengidam. Satu hari terjumpa tin-tin kosong kat belakang kereta.
Bila di tanya, jawapan dia buat aku sebak. Saya dan suami berkenalan dari zaman sekolah lagi sekarang dah 10 thun kenal dia dan kami telah berkahwin hampir 2 tahun. Di sini saya ingin bercerita tentang kesusahan yang kami harungi sebagai suami isteri.
Pada awalnya kami masing² bekerja. Hanya kerja biasa, kalau disatukan gaji kami berdua tak smpai 3K pun. Duit itu lah kami beli segala keperluan kami. Segala bill² akan dibayar dahulu dan selebihnya dihulurkan untuk orang tua kami, tinggallah beberapa ratus untuk keperluan makan kami berdua.
2 bulan kami berkahwin masih lagi tiada tanda² saya mengandung, orang pun dah mula tanya. saya fikir mungkin belum tiba masanya lagi untuk saya mengandung dengan ekonomi kami yang tidak seberapa. Tapi suami selalu pesan “Percaya pada rezeki Allah”. Dan saya terus diuji dengan kehilangan orang tua yang saya cintai.
Saya tidak ada sesiapa lagi selain suami. Dialah tempat bermanja, dialah tempat mengadu. Alhamdulillah, Setahun lebih kami berkahwin saya disahkan mengandung dengan kebenaran suami saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana mengalami alahan yang teruk.
Bermulalah episod dimana kami terpaksa menyekat segala keperluan dan kehendak kami untuk cukupkan sampai ke akhir bulan. Lepas bayar segala bill, duit yang ada dalam tangan kami hanya tiggal dalam 3-4 ratus shja. itu lah duit untuk isi minyak kereta, itu lah duit untuk makan kami smpai hujung bulan.
Tentang nafkah seorang isteri, saya tak ambil kira itu semua yang penting kami sama² dapat makan. Dapat survive sampai hujung bulan pun dah memadai. Kalau masak, saya akan catu lauk² supaya tak terbazir. Kalau beli ayam seekor, saya mintak potong 20. Satu hari masak 4 ketul sahaja boleh tahan sampai 4-5 hari untuk seekor ayam.
Suami saya sangat penyabar. dia selalu tolong saya buat kerja rumah, basuh baju, sapu lantai, sebelum keluar kerja dia akan masakkan dulu untuk saya. Setelah 4 bulan mengandung, saya mula mendapat kekuatan untuk menjalankan tugas²
harian di rumah dengan ekonomi kami yang tak berapa elok, saya ambil upah buat macam2 kerja untuk bantu suami dan tunaikan keinginan saya yang mula mengidam tapi tak lama sebab saya mengalami alahan semula, segala tulang dan sendi mula sakit².. mula tak larat macam mula² mengandung dulu.
Suami saya kata ‘tak apa, abang akan usaha untuk tunaikan permintaan sayang kalau sayang teringin nak makan apa²’. tapi saya cuba pendam, saya tak beritahu dia pun kalau saya teringin nak makan apa² cuma kadang² je mulut ni lincah sangat terlepas juga lah.
Saya cakap, kalau abang tak ada duit tak apa. Sayang ok boleh tahan keinginan ni walaupun sebenarnya tak tertahan pun. wanita mengandung yang mengidam je akan tahu perasaan macam ni. Walaupun lambat, suami akan usaha juga tunaikan permintaan saya walaupun dia sendiri pun ada keinginan dia
akan dahulukan permintaan saya berbanding dirinya. kadang² di tempat kerja dia langsung tak makan sebab nak berjimat..kadang² dia beli kuih² dan cucur je sebagai makan tengah hari. Start tahu macam tu, saya mula bekalkan makanan untuk suami.
Walaupun hanya nasi kosong, kadang² saya buat nasi goreng kalau tak ada lauk. Asalkan suami tak kelaparan di tempat kerja. Kadang² suami bawak balik makanan sedap² time dah hujung² bulan.. saya pelik, suami cakap duit dah nak habis.
tinggal beberapa puluh je untuk duit minyak kereta. Tiba² dia bawa balik makanan yang saya hajatkan.. bila saya tanya mana dapat duit, dia cuma jawab ‘abang buat partime’.. jadi saya tahu lahh suami taknak bercerita dengan lebih lanjut tentang mana dia dapat duit lebih.
Sehinggalah saya terperasan dalam kereta ade beberapa tin minuman kosong dalam plastik di kerusi belakang. bila saya tanya dia jawab saje² kumpul. lama kelamaan baru saya tahu rupa-rupanya suami kumpul tin² kosong dan kotak² terpakai untuk dijual. duit hasil jualan itu lah dia simpan untuk tunaikan keinginan saya.
Saya rasa bersalah.. saya rasa terharu.. saya menangis mengenangkan usaha suami untuk saya.. suami cakap itu tanggungjawab dia.. jangan rasa bersalah.. ‘untuk sayang dan anak kita yang selama ini kita tunggu² abang akan buat apa je..’
Lagi beberapa bulan dah nak bersalin, segala keperluan untuk menyambut kelahiran anak kami beli sikit².. bulan ini baju dua helai..bulan depan 2 helai lagi.. Kadang² bila tengok tv sama², suami akan renung saya tiba².. bila saya tanye kenapa dia hanya tersenyum…
lepastu dia cakap “terima kasih sayang dah hidup dengan abang, maaf kalau sayang susah hidup dengan abang”.. haaa mula lahh suami isteri ni berdrama kan.. lagi² isterinya ni kalau tak mengalirkn air mata memang tak sah..
Dia selalu yakinkan saya, rezeki Allah tu ada di mana².. cepat atau lambat pasti akan ada.. Allah dah rancang segalanya.. Kami tak dapat hidup senang macam orang lain.. tapi insyaAllah mungkin suatu hari nanti kami diberi rezeki yang tak terduga oleh Allah.
Minta doa kalian supaya kami dilimpahkan rezeki untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung kami ini dan doakan saya supaya dilancarkan urusan bersalin nanti ya. Amin.. Maaf kalau penceritaan dan ayat saya tunggang langgang dan susah untuk difahami.
Isteri Terkilan Suami Setiap Bulan Bagi 2 Ribu Dekat Mak Dia. Tapi Isteri Tak Pernah Dapat Satu Sen Pun Duit Belanja Sepanjang 4 Tahun Kahwin. Tergamak Suami Boleh Cakap Isteri Macam Ni.
Salam. Saya seorang isteri yang hanya menjadi suri rumah tangga sepanjang empat tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak yang comel.
Saya ada master degree dan pernah bekerja dengan pendapatan RM6,000 sebulan.
Namun saya berhenti di atas permintaan suami untuk ikut dia bertugas. Oleh kerana sayang dan patuh suami, saya turutkan. Suami kerja hebat, peroleh pendapatan lima angka. Sepanjang perkahwinan, tak ada duit belanja yang diberikan kepada saya.
Sesen sangat berkira. Saya stress sampai meryan sebab dulu saya yang cantik, kemas dan bergaya, sekarang menjadi selekeh, sememeh dan buruk. Malah, saya sudah hilang keyakinan diri. Saya pernah meminta duit belanja dari suami tetapi mak mertua bising dan marah saya.
Mak mertua kata saya nak kemewahan. Saya jawab balik pada mak mertua, “Kalau betul saya nak kemewahan, apa yang ada di badan saya yang mak nampak mewah? “Saya pakai serba-serbi yang ada sahaja dan beli di pasar malam yang harganya RM5 ke RM10 sahaja.”
Saya ada access Maybank2U suami tanpa pengetahuan dia. Saya periksa semua transaksi yang dibuat. Mak mertua dapat paling sikit RM500-RM2,000 sebulan. Bila saya tanya suami ada tak duit belanja untuk saya? Dia selalu suruh saya tunggu, itupun kalau dia ada duit lebih.
Tetapi sampai ke sudah memang tak ada duit belanja untuk saya.
Tapi dia pandai pula complaint. Kata saya tak cantik macam dulu, tak wangi, serba-serbi tak kena. Sebab apa? Sebab saya bukannya ada duit macam saya bekerja dulu yang mana dengan pendapatan saya sendiri bolehlah pergi ke spa,
buat facial dan sebagainya untuk mencantikkan diri. Saya down, saya bukan mata duitan, saya cuma nak duit sikit saja untuk belanja diri sendiri. Hurm… Saya tak pernah paksa suami bagi berapa. Saya pun faham belanja ini mengikut kemampuan suami.
Tapi kalau mak boleh diberi sebanyak itu, kenapa saya satu sen pun tak boleh diberi? Berilah sedikit reward untuk saya. Saya pernah tanya suami sama ada dia berhutang dengan mak. Tetapi dia tak ada hutang apa-apa dengan mak. Maksudnya, duit yang dia bagi setiap bulan kepada mak itu memang duit belanja untuk mak. Saya terkilan sangat-sangat. PERSOALANNYA: Salahkah saya meminta duit belanja?Dengan siapa saya boleh mengadu bab ini? Pihak jabatan agama?
Selamba Je Laki Sendiri Nak Bawa Mak Mertua Tinggal Sekali. Mula Mula Memang Takde Masalah Tapi Tanpa Sedar Dlm Diam Privasi Dirampas Sampai Adik Beradik Ipar Lelaki Buat Kunci Spare Sendiri
Foto sekadar hiasan. Perkongsian confessor sepertimana disiiarkan di laman IIUMC, si isteri seolah tersepit dengan keputusan suaminya untuk membawa emak mertua tinggal sebumbung. Ikuti luahannya dibawah.
Suami anak lelaki sulung
Assalamualaikum. Aku Ayu dari selangor. Sudah berkahwin 7 tahun. Suami berasal dari Perak. Suami anak nombor dua dan anak lelaki yang sulung dari 5 beradik. Kami sudah membeli rumah berdekatan rumah keluarga suami iaitu di Perak.
Masalah mula timbul apabila suami berkehendakkan emaknya tinggal sekali atas alasan emak suami sudah uzur. Aku faham tanggungjawab beliau dan akhirnya bersetuju. Tiada masalah awalnya, tetapi lama kelamaan hati aku jadi tak ikhlas.
Berdosakah aku sebagai isteri? Sebagai menantu? Aku sentiasa positifkan diri tapi lama-lama tak dapat menipu diri sendiri aku tak sesuai tinggal bersesama dengan mentua sendiri. Maaf disini aku berterus terang mungkin nanti akan dikecam tapi itulah hakikatnya.
Kerap ditegur mertua
Sebagai seorang yang dah terbiasa berdikari, sehinggalah aku kemudiannya berkahwin. Suami juga memberi kebebasan pada aku dalam membuat keputusan asalkan tidak mencabar hak beliau sebagai suami dan membelakangkan keluarga.
Datang mertua aku, dia boleh sesuka hati menegur begitu begini sehinggakan apa yang aku nak masak untuk menjamu keluarga juga akan di berikan pandangan mengikut pemikiran beliau. Pernah bulan puasa aku berkejar dari office ke pasaraya berniat untuk memasak menu mee goreng basah,
sampai2 dirumah dan kedapur menyinsing lengan baju tiba tiba datang mertua tanya aku hendak masak apa aku maklumkan hendak goreng mee, terus diceramah maklumkan makanan di dalam peti sejuk banyak saja lagi kenapa suka membazir demakian puasa ni.
Aku buka peti sejuk dan lihat cuma ada setengah bekas nasi ayam semalam yang dia sendiri makan tak habis dan tiada makanan lain. Entah kenapa sebab terlalu marah syaitn dah cucuk aku tinggalkan dapur dan terus kebilik tinggalkan
barang barang yang aku beli sampai waktu buka suami tanya mana mee goreng aku hanya cakap mak cakap makanan banyak jangan membazir. Aku tahu aku sepatutnya jelaskan kepada mertua makanan untuk buka tiada dan teruskan memasak tetapi sebab dan tak tahan asyik dikritik aku pilih berkelakuan demikian.
Bila MC atau cuti pasti ditanya
Aku juga tidak boleh suka suka hati nak mc dari kerja atau cuti atau apa apalah kerana jika dia lihat saja aku ada dirumah mesti dengan riak muka risau dia akan mengajukan soalan, kenapa tak kerja ni? Apa jadi? bos tak marah ke?
boleh ke suka suka hati mc? aduhai ya Allah kerja aku tahulah aku uruskan sendiri nak cuti ke nak mc ke nak berhenti ke? Again aku tahu aku yang terlebih emosi, tapi pembaca sekalian fikir kalau sekali dua faham, kalau banyak kali sampai setiap kali cuti.. mc sepanjang mertua duduk bertahun tahun tak ke stress aku demakatnya.
Memandangkan mertua duduk dengan aku jadi boleh bayangkan adik beradik suami yang lain akan selalu menziarahi emak mereka. Sehinggakan suami aku membuat kunci pendua rumah aku dan diberikan kepada adik beradik yang lain atas alasan menyenangkan adik beradik suami datang ke rumah pada bila bila masa. Masalahnya disini apabila kemudiannya aku sudah tiada kebebasan pada rumah sendiri.
Adik beradik lelaki suami masuk rumah sesuka hati
Bayangkan kalau dirumah sendiri tanpa adanya lelaki bukan muhrim lain sah sah kita akan memakai pakaian ikut kesesuaian dan keselesaan sendiri kan, jadi bayangkan kalau aku yang didapur sedang buat kerja tiba tiba datang adik beradik lelaki yang sedia ada kunci main masuk ke dalam rumah dengan aku yang tak menutup aurat sepenuhnya?
lintang pukang aku masuk ke dalam bilik bila keadaan begitu berlaku yang mana hampir setiap hari (family suami semua duduk berdekatan). Aku lama lama stress dan akhirnya aku banyak habiskan masa didalam bilik sahaja jika keadaan begitu berlaku.
Terus terang aku tiada kebebasan dirumah sendiri dan kadang kadang rasa nak lari sahaja dari rumah tapi memandangkan itu rumah aku sendiri jadi nak lari ke mana pula. Itulah sahaja serba sedikit luahan aku, aku tahu aku akan dikritik kerana masalah aku bukan berat sangat dan perlu bertolak ansur dengan keluarga suami.
Aku faham suami kena jaga maknya itu tanggungjawab dia tapi mungkin perlu letak sempadan antara hidup aku dan mertua. Aku tak kisah jika suami jaga emaknya 24jam tanpa kami iaitu aku dan emaknya perlu hidup sebumbung. Aku juga boleh saja jaga mertua.. masakkan untuk dia.. basuhkan baju dia setiap hari sehingga habis nyawa tapi itulah aku tak boleh tinggal bersama dalam tempoh yang lama sebab aku betul betul tak boleh.
Adik beradik perlu berbincang
Dia dan adik beradik dia perlu berbincang bersesama bagaimana hendak menjaga emak mereka bersama2 bergilir gilir atau letakkan seorang pembantu rumah di rumah mak mereka yang kini kosong sebab mertua tinggal dengan aku sekarang. Rumah kami ditaman yang sama cuma dijalan yang berlainan. Adik beradik yang lain aku lihat tak ada bersuara pula ingin jaga emak mereka walaupun mereka juga tinggal berdekatan.
Sudahnya semua bertunggu bertangga dirumah aku sebab emak mereka tinggal disitu. Pembaca yang budiman mungkin kata aku sejahat menantu tapi aku terpaksa berterus terang aku tak boleh hidup begini yang mana privasi aku sudah langsung tiada. Aku sanggup berulang alik kerumah mertua setiap hari pagi petang siang malam berbakti pada dia asalkan aku masih ada sedikit privasi dirumah sendiri.
Moga Allah swt ampunkan aku hambanya yang amat lemah dan pendosa ini.
Jom kita lihat apa kata warganet:
Syafina Zul –Sy memegang prinsip utk diri sy, emak dan bapa tiada hak mengatur rumah anak menantu. Prinsip ni bukan suka2, tp diajar bg memastikan keharmonian dlm rumahtangga. Nik Nur Raidah –Please bincang dengan suami sis..jgn pendam seorg diri.. menantu selamanya akan jd menantu, takkan pernah dianggap anak perempuan..sebab tu ada pepatah kata jauh bau bunga, dekat bau tahi.
Alicia Goldstone –Sis confessor, senang cerita. Klu x mampu nak berterus@terang dengan encik suami. Apa kata, screenshot kisah ni then whatsapp kat dier, “masalah kita sama dengan ni, bang”. Nur Athirah Ahmad –Pagi tdi aku terbaca satu coretan dari org yg taw bab agama nie. Pasal hubungan adik beradik (ipar duai). Taw x sebenarnya xboleh berdua-duaan dgn ipar duai hatta di dlm kenderaan kerana dia adalah org asing yg ada batas aurat. Suami puan sepatutnya menjaga aurat puan. Dh rumah kita, kenapa nk bgi kunci kt org sdgkn rumah mak ada.
Xterbyg kita dok dlm bilik air tiba2 ipar masuk rumah tgk kita kluar bilik air. Kalaula setn tiba2 tabur garam. Ntahla apa yg jadi. Utk suami sis, cukup2 la bertanggungjawab sampai hati isteri disakiti. Nanti nk jwb depan Allah mcm mana. Aurat isterinya, hati isteri. Nk jwb dgn apa. Tanggungjawab pada mak boleh dilunaskan tanpa perlu abaikan tanggungjawab dan hak isteri.
Masni Azhari –Salam…pernah satu masa..aku ada bibik .. sebelum tu dia bekerja diarab saudi.. tugasnya hanya menjaga emak tua..mereka tinggal bersama anak lelaki..tetapi dibahagian lain rumah itu..ada bilik sendiri, ada dapur dan ruang tamu sendiri.
Makanan dimasak didapur utama dan dibawa masuk kebilik emak tua..waktu ptg anak dan cucu datang kebilik tersebut.. Itu yg terbaik sebenarnya..emak tak payah susah2 pergi kedapur..makanan siap hanya hantar kebilik.. E tua habiskan masa beribadat sahaja.. Kepada emak yg tinggal dgn anak ..biarlah anak menguruskan hidup mereka sendiri..kita tak payah masuk campur.. Lebih baik kita tumpu pada ibadat..
Tiya Smilove –Stupid sungguh la suami puan ni. Dia tak tahu ke boleh timbul fitnah antara puan & ipar lelaki tu? Panggil orang tukar kunci. Buat house rules baru & bincang dengan semua orang. Kalau susah bincang depan-depan, tubuhkan WhatsApp group…haa bertekak la kat situ sampai puas.Pelik jugak, tak nak jaga mak tapi semakk asyik datang bertandang. Kalau dah camtu gayanya, elok bergilir-gilir jaga mak
Leo Ku –Memang tanggungjawab lelaki untuk menjaga emak bapa. Tapi dah berkahwin kan, perlulah adil kepada isteri. Tiada istilah emak hanya seorang, isteri boleh cari lain. Yang bangang je boleh cakap camtu. Sebagai seorang suami, kena berlaku adil. Jika nampak emak tidak berlalu adil kepada si isteri, cuba tanya kenapa. Kalau tidak boleh selesai berbincanglah dgn adik beradik lelaki lain. Jangan biarkan emak sakiti isteri, dan begitu juga sebaliknya.
– Ayunadira (Bukan nama sebenar) via iiumc
Pasangan Ni Nak Tinggal Dengan Mertua Sebab Uami Tak Mampu Nak Sewa Rumah. Tergamam Bila Dah Duduk Dengan Mertua Selamba Je Kakak Ipar Boleh Buat Macam Ni.
Assalamualaikum semua, saya tinggal rumah Mak mertua, dalam rumah ada adik suami, memang nak keluar bilik kena pakai tudunglah hari-hari, hari-hari saya rasa macam duduk Kat rumah orang, ada yang sama macam saya tak? Hehee… tak apalah jalani je hidup ni, nak menyewa gaji suami Tak cukup, terima aje lah.. ok sambung.
Saya anak first. Kak ipar saya nak saya jadi pengasuh anak dia 2 orang, sebab pengasuh lama dia naikkan rm.50, macam mana taknya pengasuh lama dia naikkan bayaran 50, hantar anak pukul 6, pukul 7 baru Datang ambik, so sekarang dia hantar Kat rumah mak mrtua saya, saya jaga anak dia 2 orang ada masa dia hantar anak yang tua tu sekali ada masa saya jaga 3 orang anak dia.
Dia bayar rm.600, bayar gaji lambat sangat, dah nak dekat 2 bulan baru bayar dia hantar anak dia samalah dengan dia hantar ke rumah pengasuh lama, dia Datang pukul 6 balik kerja mandi sebab time c0vid ni kan, makan terus tengok tv main FB golek gelebang bukan nak ambk anak dia dlu, mana boleh mcm tu kan.
kita sama-sama cari rezeki. Punyalah lama dia nak ambik anak dia, dah ni dekat mahgrib baru ambik anak dia, dahlah saya ada anak kecik juga nak mandi kan anak Saya lagi segala macam, dulu masa dia hantar rumah pengasuh lama hari Sabtu dia hantar rumah mak mertua Saya, mak mrtua saya yang jaga, sekarang Senin sampai Sabtu Saya jaga, saya sedih sangat dengan sikap dia.
Kadang pagi tu anak dia basah lencun pempers Tak tukar kesian anak dia. Lepas tu makan minum pagi petang kat rumh ni, siap balik kerja, mandi, baju dan kain batik k0tor dia tinggalkan je kat ruang tamu, last2 suruh saya cuci, dahlah baju anak dia saya cuci semua, cuci piring dengan cawan dia minum sorang pun Tak dapat, padahal saya dah bersihkan singki, kadang anak dia berrak dah pukul 7 tu tong cuci lah sendiri.
Ni saya tengah mnyusu anak saya dia sibuk panggil saya cucikan brak anak dia, kesian anak saya tengah menyusu anak saya baru nak lelap saya lepaskan susu menangis dia, kadang hari Tak kerja dia makan rumah Mak mrtua saya yelah mak dia kan…. Lepastu kadang2 Masa dia datang time cuti tu anak dia brak, pempers anak dia pun Tak reti dia buangkan Kat tempat sampah, padahal saya dah siapkan tempat sampah pempers anak2, dia letak Kat atas meja ruang tamu.
Saya sedih sy tak tau nak luahkan Kat siapa, takkan saya sampaikan langsung Kat dia, saya nak jaga hubungan ipar jugak, maaflah ayat berterabur dan panjang sangat, saya nak luahkan aja, saya tak tau nak luah Kat siapa, terimakasih admin.
Reaksi warganet.
Faeizah Abdul Karim – Kalu awk nak jaga ank sil tu, buat perjanjian hitam putih.. Hantar n ambil pukul brpe.. Kalu lambat sejam kena cas rm5.. Semua brg2 keperluan ank sil tu kena sediakan.. Dah buat hitam putih n biar bersaksi.. Ppe nti awk ada hitam putih nye.. Kalu xnak jaga ajak suami pindah.
Yaya Samarra – Jgn lembut sgt, nnti org pijak kepala. Manusia ni bkn bole tgok org baik sikit mula la amik kesempatan. Tak salah nk buat baik tp berpada2. Sesekali kena tegas. Tegur cara baik, tp klo cara baik pun tak jln, sungkupkan kepala dia dgn periuk..Haaa..tu mkn dia.
Siti Fadzilah – Susah jg..nk bersuara lebih3, nnt mk mertua pun terasa..yelah..ank dia kn .x bersuara,sakit hati..jln mudah,awak bgtahu,awak tak mampu jge ank dia..dan berdoa moga suami awak murah rezeki,dapat pindah rumah lain.
Azza Ra – baik awk cri kja sbgai pngasuh kt tmpt sepatutnya.. Bru awk tahu hrga stiap byrn yg sepatutnya… aduh jgn biar diri jdi hmba…kja kt taska.. dpt gaji berpatutan pkl 6 dn 7 tu dh kira ot.. byr lebih… sng la parent dpt awk jga ank dia.. sbb byrn tdk sepatutnya tu kesian la awk ni… sorry to say..sakit hati sy bca luahan kamu mngenai kak ipar ye..sedihnya.
Iza Mk – buat baik org pijak kepala, buat bdoh org mengata, buat cra sebenar minta betulkn keadaan org pulak buat fittnah..cmne.. mulut org.. org yg baik2 ni selalu je kene bli.. lama2 tgklh dia punye berontak tsnami pun kalah.
Bea Adawieyya Yulyulk – Nampak sangat Sis jadi “org gaji” depa..Kalau saya sound direct jer…Lantaklah depa nak kata apa,nak masam muka ke apa.Dah melampau sangat.Cuba dia hantar kat babysitter lain,ada dapat RM600?Bayar,bayar jugak.Tapi jgn jadikan org mcm khdam pulak.Even ipar sekalipun.Tak tahu malu gamaknya.
Liza Jutawan Tuan – Adat menumpang,nk luah serba salah tp better pindah sbb dh dpt duit mengasuh rm600 cukup utk byr sewa.. Dh duduk rumah sewa tulis siap² waktu mengasuh 8jam jika lebih cas rm10 setiap 1jam.. Settle.. Klu kak ipar xsetuju xyh jaga anak dia,ambik upah mgasuh anak jiran je,aman dunia.
Norhidayu M Nasir – Pelik suami nk kawen x tau tngjawab.Spatutnya sblm kawen dh pk cari rumah sendiri sewa x kisah la jnji kaselesaan isteri.Tt plk mcm x der mulut bgtau je la ada ank kecik x larat nk jga. Skylar Harley Alexis – Suruh up Kan gaji rm800..kalau Tak bagitahu Kat dia tolong cuci pingan mangkuk Dan pakaian anak dia sekali.kalau nak sekali pakej..minta harga mcm tu.Jaga dengan ikhlas..bukan jahat..tapi itu yg terbaik..kmu pun dpt belanja lebih..kalau Tak mampu,suruh dia Jaga anak sendiri.
Cik Puan Julieta – Buat baik berpada pada puan. Jangan sampai org ambik kesempatan di atas kebaikan kita. Ada manusia otak dia boleh fikir sendiri dan memahami stuasi org lain.. Ada manusia dia kira kepentingngan diri dia sja tanpa fikir kesusahan org lain.. Manusia jenis mcmni kita kena direct cakap terus terang bg dia paham… Ank itu tngjwp ibubapa sendiri.. Kalo x nak renyah pasal ank ank.. Jgn beranak.
PS Syahirah – Part sis cakap anak nak menyusu tu dia panggil sy rasa panas hati. Sis tolong reti beza eh mana yg lg penting. Anak sdiri kott nak menyusu nak tido. Tak perlu layan lagipun dia dah ada kat rumah. Dah luar waktu jagaan sis. Jgn nak tunjuk bagus semua benda kita nak buat utk orang sampai anak sendiri terabai.
Sy marah kat sis tau part sis tinggal anak sdiri smata nak g basuh berak anak dia. Sis tu kena berkeras dan cerdik sikit. Sis bukan hamba atau bibik kat rumah tu. Kalau dah gduh, senang nak keluar dari rumah tu. Tak guna nak jaga hubungan dgn ipar macam ni. Suami pun bangang. Nak mrah la sy macam ni. Haihh.
Sumber: KRT Via berita.jalankami