“Aku Sendiri Dlm Keadaan Yg Memerlukan” – Ini Maksud Sebenar Status Terakhir Adibah Noor


“Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan,”.

Itu antara perkongsian terakhir penyanyi dan pelakon, Allahyarham Adibah Noor di Twitter pada Isnin lalu.

Begitu pun, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu, pada ketika itu tidak memaklumkan tentang keadaannya yang mend3rita k4nser Ovari tahap empat.

“Maaf, kali ini aku tak dapat tolong. Moga Allah permudahkan urusan mu,” tulisnya.

Arwah pada masa yang sama sempat membalas komen pengikut dan peminatnya di ruangan tersebut.

“Semoga Allah perkenankan, terima kasih atas doa kamu,” kata Adibah.

Perkongsian itu seakan-akan memberi bayangan bahawa dia akan pergi menemui pencipta petang tadi.

Tweet terakhir allahyarhamah Adibah Noor…

Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati komen Sehingga hari ini dibanjiri ucapan takziah dan doa buat penyanyi tersebut.

Terdahulu, arwah sempat menulis ciapan terakhir, mengucapkan salam takziah buat pelakon legenda Hamid Gurkha yang meninggal dunai Rabu lalu.

Fazley Yaakob terkilan tak sempat tunai permintaan Adibah Noor… Masih ingat ayat ‘I’m not well my dear’ semasa GV8

PERNAH bersaing di pentas program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Datuk Fazley Yaakob antara rakan selebriti yang turut terkesan dengan pemergian Allahyarham Adibah Noor.

Menurut Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, dia mengetahui Adibah berdepan masalah kesihatan ketika di minggu pertama GV8.

Masih mengingati kata-kata semangat daripada Adibah, Fazley meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat arwah untuk datang makan di restoran miliknya.

“Ketika minggu pertama GV, saya mengadu pada kak Dib (nama panggilan Adibah), pentas GV terlalu besar untuk saya. Tapi dia beri semangat dan kata dia pun sakit boleh teruskan.

Fazley sempat melihat jenazah buat kali terakhir.

“Saya terkejut dia kata lagi ‘I’m not well my dear’. Jantung saya jatuh sebab faham apa yang dia cakap. Ada ketika, kami buat satu program, dia kata tak sangka saya dari menyanyi, memasak pula.

“Dia tanya bila kak Dib boleh makan dekat restoran saya sambil lihat saya buat sweet table. Saya dah berjanji nak bawa dia makan selepas GV tapi tak sempat.

“Masa kami ada rakaman lagu raya pun, saya ada tanya dia sebab dah janji nak tengok sweet table, tapi dia kata ‘nanti la saya tak berapa sihat’. Dah nampak dia tak sekuat seperti biasa,” katanya kepada mStar.

Penyanyi berusia 44 tahun itu ditemui ketika menziarahi jenaz4h arw4h di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Terdahulu, Adibah Noor, 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam Taman Keramat Permai sekitar pukul 10.30 pagi, Ahad.

Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Todd, Allahyarham sudah lama menghidap kanser, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Adibah bersama rakan sepejuangan di GV8.

Dalam pada itu, Fazley memberitahu dia bergegas ke hospital sebaik sahaja mengetahui berita sedih tersebut dan berpeluang untuk melihat jenazah buat kali terakhir.

“Saya tahu dia sakit cuma kami yang diberitahu ini tidak berbicara mengenai keadaannya. Saya tak sangka secepat ini. Saya terus bergegas ke hospital bila dapat tahu.

“Saya berkesempatan naik atas melihat jenazah buat kali terakhir di wad arwah. Saya dan kak Dib semakin rapat ketika di GV tapi sebelum itu pun kami dah rapat.

“Saya anggap dia seperti kakak sendiri dalam dunia seni. Ketiadaannya amat berat untuk diterima sebab terlalu mendadak,” ujarnya.

Sumber:Mstar via GengKepoh