Terima nasihat KKM, tindakan PM laksanakan PKP berjaya kekang Covid-19

Malam tadi, telah satu berlangsung satu program Temu Minda: Di Sebalik Tabir KKM Memerangi Wabak Covid-19 bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah yang dipancarkan di beberapa buat saluran TV dan facebook KKM.
Dalam temu bual itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengupas dua tindakan unik negara yang berjaya mengesan dan mengekang penularan Covid-19 dari terus merebak di dalam negara.

Dua tindakan unik negara

Menurutnya, Pengasingan individu yang positif Covid-19 walaupun tidak bergejala dan mengkuarantin rakyat yang pulang dari luar negara merupakan langkah cepat yang berjaya menahan Covid-19 merebak.
Selain itu, Malaysia juga adalah antara negara tercepat mengawal pergerakkan rakyat bagi memutuskan rantaian dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 18 Mac iaitu ketika negara diawal ancaman wabak ini.

“Kes positif kita asingkan dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan walaupun tidak bergejala atau bergejala ringan kerana mereka ada kebolehjangkitan.”

“Ini berbeza dengan di luar negara, yang mana bagi mereka yang tiada gejala atau bergejala ringan, mereka hanya dikuarantin dan diasingkan di rumah saja.”

Ramalan yang dibuat berjaya dipatahkan

Tambah Dr Noor Hisham lagi, perlaksanaan PKP telah mendatangkkan hasil apabila kes Covid-19 tidak mencapai kemuncak 6,300 kes seperti yang diramalkan JP Morgan, sekali gus membuktikan Malaysia berjaya melandaikan lengkuk kes jangkitan.

TSMY terima nasihat KKM lepas 2 minggu bergelar PM

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengucpakan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia selain memberi kepercayaan kepada penjawat awam sebelum melaksanakan PKP, iaitu satu situasi yang tidak pernah dilalui dalam sejarah negara.

Petugas kesihatan peka

Datuk Saifuddin turut bertanyakan perihal pekerja barisan hadapan yang bertugas melawan wabak ini dan apa yang melegakan adalah tiada kematian melibatkan petugas KKM berpunca daripada penularan semasa sedang bertugas di wad  rawatan ataupun ICU.

“Ini kerana kita juga melakukan kajian iaitu antibodi dan sebagainya di mana lebih kurang 486 warga kementerian yang bekerja di ICU dan wad apabila kita ambil darah mereka dan buat kajian, didapati tiada seorang pun dijangkiti virus itu kerana mereka menggunakan kawalan infeksi, mengamalkan kebersihan dan pastikan mereka mengguna PPE dan sebaginya.”

Terima kasih barisan hadapan!

Diakhir temu bual itu, Datuk Saifuddin telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam memerangi Covid-19 ini beserta barisan petugas kesihatan dan juga petugas barisan hadapan yang tidak pernah berputus asa menjadi hero kepada rakyat Malaysia.
Sumber : Berita RTM