Sambut Hari Ibu di pusara, kisah anak kecil menangis rindu bikin sebak
Sudah tentu ramai yang meraikan 10 Mei iaitu Hari Ibu dengan insan-insan teristimewa mereka. Ucapan Selamat Hari Ibu buat ratu setiap keluarga menjadikan hari minggu semalam penuh ceria.
Namun begitu, berlainan pula dengan kisah seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Abdullah yang menyambut hari istimewa tersebut dengan suasana yang agak berlainan.
Bawa anak2 ke pusara isteri
Dia telah membawa 3 orang anak kecilnya menziarahi pusara isteri tersayang di pagi 10 Mei untuk ‘bertemu’ dengan isteri tersayang.
Namun, disebalik kesedihan yang pastinya masih berbekas sejak dua tahun lalu, Khairul diselubungi rasa lebih memilukan apabila anak sulungnya terlihat begitu sedih sedangkan sebelum ini dia antara yang paling tabah.
Tiba2 anak terlalu sensitif
Menurutnya, anak sulungnya terlihat agak berlainan pagi itu dan begitu sensitif sehingga menitiskan air mata sedangkan dia pernah berjanji tidak akan menangis diatas kehilangan ibu tersayang.
Namun, disebabkan salah pertuturan anaknya menangis dan memeluk kakinya sehingga dia turut menitiskan air mata melihat keadaan sayu anaknya.
Terbayang perasaan anak kecil yang rindukan ibu
Khairul yang merupakan seorang bapa tunggal mengakui terkilan kerana berkata seperti itu kepada anaknya yang merindui sosok seorang ibu.
Diakahir penulisannya dia sempat berjanji akan menjadi ibu dan bapa terbaik buat anak-anak mereka dan mengucapkan selamat har ibu buat semua ibu di dunia.
Air mata tak boleh tahan
Perkongsian yang begitu menyentuh hati itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata mengakui sedih dengan kisah yang disampaikan oleh sumber dan mendoakan agar mereka semua tabah melalui dugaan ini.
Membesarlah dengan sihat dan bijak
Semoga terus diberi kekuatan & ketabahan
Sumber : Khairul Abdullah
Read more: Sambut Hari Ibu di pusara, kisah anak kecil menangis rindu bikin sebak https://ohmymedia.cc/sambut-hari-ibu-di-pusara-bonda-kisah-anak-kecil-menangis-rindu-bikin-sebak