Gadis Kongsi Momen Sedih Ciuman Terakhir Ibu Sebelum Kehilangan Ayah


Kehilangan insan tersayang sememangnya amat sukar untuk ditempuhi oleh setiap insan. Namun, ajal dan maut adalah ditangan Tuhan dan kita perlu redha dengan dugaan tersebut.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Ummikhairi telah berkongsi momen sedih kehilangan ayah tercinta pada 1 Mei yang lalu.

Ciuman terakhir ibu

Lebih memilukan apabila dia sempat mengambil gambar ciuman terakhir ibunya buat ayah tersayang semasa dinutup muka jenazah di katil hospital.

Meninggal di bulan Ramadan

Menurut gadis tersebut, bapanya meninggal dunia pada 1 Mei 2020 iaitu hari jumaat 8 Ramadan yang lalu. Dia yang juga anak anak tunggal berjanji akan menjaga ibunya baik-baik selepas ketiadaan bapa.

Salam takziah

Susulan daripada perkongsian tersebut, muat naik Ummikhairi itu telah mendapat maklum balas daripada warganet. Rata-rata mengucapkan salam takziah buatnya yang kehilangan insan tersayang ketika bulan mulia ini.
Mereka juga berharap agar gadis tersebut terus kuat dan mendoakan agar roh allahyarham bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Banyakkan bersabar atas ujian ini


Semoga kuat sis!

Sumber : Ummikhairi