Dari jual baju dan pakaian di estet naik basikal selama 3 thn. Jakel kini jd jenama tkenal
Diasaskan oleh Mohamed Jakel bin Ahmad pada Januari 1983 di Muar, Johor, siapa yang dapat menyangka bahawa perniagaan kecil-kecilan berasaskan tikar getah, karpet dan langsir, akhirnya menjadikan jenama Jakel sebagai antara peneraju utama industri tekstil di Malaysia. Menyedari potensi besar pembukaan tanah rancangan Felda yang baru di sekitar Segamat dan Pahang, Mohamed Jakel mengambil tindakan drastik dengan memindahkan syarikatnya ke Segamat pada tahun 1985. Sambutan menggalakkan untuk tiga produk utama itu akhirnya membantu mengembangkan perniagaan Jakel dan bertitik tolak dari situ, produk jualannya dipelbagaikan kepada kain pula.
Selepas pemergian pengasas Jakel, perniagaan itu diwarisi anaknya Mohamed Faroz Mohamed Jakel, dan adik beradik beliau yang lain. Mohamed Faroz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel terpaksa menguburkan hasratnya ketika kecil untuk menjadi seorang akauntan dan doktor. Beliau akur dengan hasrat bapanya untuk membantu menguruskan perniagaan Jakel. Namun, keupayaan beliau bmembuat urusan jual-beli dan mampu menyumbang jualan memberangsangkan kepada syarikat sewaktu awal pembabitannya dalam dunia perniagaan nyata mendapat pujian daripada bapanya. Berkat sokongan moral daripada bapanya, lama-kelamaan timbul naluri di hati beliau untuk terus bergelar ahli korporat berjaya.
Berikut merupakan kisah jerih perih beliau bersama ahli keluarga yang lain mengembangkan syarikat milik bapa mereka itu.
Assalamualaikum dan mohon izinkan saya bercerita serba sedikit latar belakang syarikat saya.
Founder jakel adalah Mohamed Jakel bin Ahmad dan lahir di Muar 1941.
Pada tahun 1980 bisnes ayah terpaksa di tutup di jalan maharani di muar kerana owner kedai ambil balik kedai tersebut.
Ayah berniaga di estet dengan basikal selama 3 tahun
Dan ayah menjual baju-baju dan pakaian di estet dengan menaiki basikal selama 3 tahun dan nasib ayah kurang baik sekali lagi, apabila perniagaan merudum kerana stok yang dimiliki kebanyakan stok lama.
Keadaan bertambah susah.. Ibu terpaksa jual aiskrim dengan hantar ke sekolah dan saya juga menjual gula getah di sekolah utk bantu pendapatan keluarga.
Tetapi dengan semangat usahawan yang berkobar-kobar ayah berani kan diri dan berpindah seorang diri ke segamat dan membuka sebuah syarikat yang di beri nama Jakel trading.
Ayah memulakan perniagaan di Segamat tahun 1985 dengan menyewa sebuah kedai kecil untuk mulakan perniagaan-nya dengan pinjam dari bank ocbc sebanyak 30 k dan 2 ribu simpanan mak.
Ayah usahakan sendirian dan di bantu oleh 1 staff sahaja. Saya waktu itu hanya berumur 13 tahun tinggal di muar.
Hujung minggu saya berulang alik seorang diri naik bas dari muar ke segamat. Tolong ayah dan Ahad saya balik semula ke muar, Alone. For 1 year.
Saya dan ayah berusaha keras dan berusaha untuk menaikkan biz dan tahun 1989 saya tamat spm saya tolong ayah sepenuh masa di kedai.
Saya berazam nak ubah nasib keluarga. Saya lihat ayah di hina oleh tuan kedai waktu di muar sebelum kedai di tutup. Saya sedih sangat.
Tahun 1992 adik-beradik saya mula bantu, di ketuai oleh kakak sulong saya dan adik lelaki saya iaitu Nizam shiraz izani lokman dll( kami punyai 12 adik beradik).
Jakel melebarkan sayap dgn menjadi semi Wholeseller, semua stok di beli dari importer Singapura pada 1997 recession. Most of the singaporean companies has closed down.
Pada tahun 1998 saya pujuk ayah untuk beli direct akhirnya beliau setuju dan jakel dapat import direct dari korea japan dan india.
Beli bangunan pertama berharga RM1.6 juta
Dalam masa yang sama juga telah mendapat tawaran masuk tender penjualan bangunan REX di Segamat dan kita telah menang dengan harga rm 1.6 juta dari owner iaitu Shaw brothers.
Kami adik-beradik berpakat convert Cinema tersebut kepada jualan gudang dengan menjual kain-kain yang kami import ke semua pelanggan dengan harga retail.
Maka bus-bus rombongan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang malahan dari Johor Bharu dan Kuala Lumpur serta Kedah serta Penang datang berpusu ke Segamat.
Seminggu tak kurang dari 100 buah bas, dan bas-bas tersebut dahulunya ke Tangkak.
Bila pelanggan-pelanggan ini membandingkan harga antara Segamat dan Tangkak they found harga jakel lebih menarik. So most of the busses swift to Segamat.
Bisnes Alhamdulilah dan pada tahun 2001 jakel robohkan Rex cinema dan rebuild new complex yang dinamakan wisma jakel.
Beri peluang kepada siswazah menganggur
Pada 2004 jakel ambil langkah berani dengan membuka franchise textile pertama di bawah PUNB (Pemodalan usaha nasional berhad) dengan beri peluang kepada anak-anak muda (siswazah menggangur) dalam projek yang dinamakan Mentor Mente.
Peluang juga di buka kepada pegawai kerajaan yang berminat dan pinjaman di tanggung oleh Mente (iatu peminjam) yang membuka cawangan tersebut dan cawangan pertama jakel buka di kuantan.
Sales sangat menberangsangkan. 2006 kita buka lagi 5. Tahun 2006 buka lagi 2. 2007 kita buka di jalan bunus masjid india (that was the turning point) 2009 di Shah Alam. Than ayah meninggal pada feb 2009 .
Sekarang kami mempunyai 21 cawangan di seluruh Malaysia. Setelah itu saya took the helm dan berpakat bersama semua adik beradik iaitu Nizam dan Izani serta adik-beradik lain.
Pada 2010 saya actively buying shop houses untuk kegunaan sendiri sebab bapak pesan jangan sewa bangunan yang kita buat bisnes kelak di halau oleh tuan tanah. Based on his statement saya mulai invest dalam hartanah dan real estate.
Buka peluang perniagaan kepada syarikat Islam
Pada tahun 2012 saya beli capsquare dari Dato Seri akhbar khan owner BDRB iaitu owner yang sama juga dengan BSC.
Setelah beli capsquare saya bina HQ jakel baru iaitu jakel mall dan rejuvenated remaining building dan beri peluang menyewa kepada syarikat islam.
Semua kejayaan ini berlaku dengan izin Allah dan doa ibu serta usaha adik-beradik dan staf-staf saya .
Saya cuma berusaha mengurangkan penguasaan syarikat asing dari monopoly peluang yang ada dan kita dapat rasa sedikit 3% tak silap saya bangunan commercial di bandar besar di miliki oleh org islam.
Selebihnya bangsa asing. Ini semua jihad ekomoni saya. Allah maha mengetahui dan moga Allah bless us always.
Biodata Datuk Faroz
Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed lebih dikenali dengan panggilan Datuk Faroz. Lahir pada 1972, kini berusia 48 tahun dan berasal serta membesar di Muar, Johor.
Datuk Faroz adalah anak sulung daripada 12 adik-beradik. Isterinya bernama Datin Farah Haryani Binti Muhammad Philip dan mereka dianugerahi 2 orang cahaya mata.
Trivia Menarik Datuk Faroz
**Mempunyai darah campuran Melayu-India. Membantu menguruskan perniagaan Jakel sejak berusia belasan tahun lagi.
**Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan atau doktor. Atas sumbangan beliau terhadap masyarakat dan dunia perniagaan, usahawan hebat ini telah dianugerahkan Pingat Jaksa Negara yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2013.
**Beliau turut menerima anugerah sebagai Pemimpin Berwawasan 2016 di The 7th Middle East Business Leaders Awards 2016 dan Ikon Perniagaan Tahunan pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2014.
**Seorang yang suka bersedekah dan mengeluarkan zakat. Pertama kali bertemu dan berkenalan dengan isterinya di kedai kain Jakel di Segamat, Johor.
**Isterinya adalah seorang usahawan tudung Aryani dan berperanan sebagai Pengarah Pemasaran Ariani Textiles Manufacturing Sdn Bhd serta bertanggungjawab merencanakan strategi pemasaran produk untuk Galeri Ariani dan Ariawi RTW.
**Kejayaan yang beliau kecapi seharusnya menjadi pembakar semangat kepada anak-anak muda untuk berjaya dan menjadi lebih berani untuk menceburi bidang keusahawanan.
Yusuf Azmi tampil bersuara
Menurut Yusuf Azmi, kita semua sebagai saudara sesama Islam perlu memaafakan apa yang telah berlaku kerana pihak Jakel telah pun memohon maaf. Yusuf Azmi juga berharap rakyat Malaysia akan bersimpati dengan Jakel dan mengesa untuk tidak menghancvrkan usaha pernigaan Umat Islam.
Menurut Yusuf Azmi lagi, setiap manusia melakukan kesilapan dan rata-rata pekerja Jakel kebanyakan terdiri dari bangsa Melayu dan Umat Islam.
“Kita sesama islam..Maafkan apa yang telah berlaku.. Kenyataan Muzaffar dari Pihak Jakel yang telah menyinggung bangsa melayu.. Apa pun Abg beliau atau Selaku Pengarah Datuk Fairus telah memohon maaf.. Saya mengharapkan semua Rakyat Malaysia bersimpati kepada JAKEL.. Janganlah kita menghancvrkan Usaha Perniagaan Umat Islam kita.. Setiap manusia melakukan khilaf.. Jangan biarkan Puak Puak yang tertentu bertepuk tangan dengan penghasilan menjatvhkan perniagaan orang melayu islam.. Marilah kita berfikiran Rasional.. Pekerja kebanyakkan di Perniagaan Jakel adalah bangsa Melayu dan Terdiri dari Umat Islam.. Mari Kita bersama.. Sokong BUY MUSLIM FIRST..”
Yusuf Azmi,Aktivis