Batal Solat Sujud Dahi Berlapik Telekung, Wajib Tahu Agar Solat Kita Sah
Kewajiban bersujud pada Allah menerusi solat lima waktu tidak perlu dipertikaikan lagi. Bahkan apabila nyawa sudah dicabut daripada badan saat ajal menjemput nantit, perkara pertama yang akan ditanya adalah mengenai solat. Selain menjaga waktu solat, kualitinya juga perlu dijaga kerana sesetengah daripada kita kerap melakukan khilaf dalam tidak sedar.
Ramai wanita tak sedar banyak buat silap ketika sujud
Salah satu yang dimaksudkan adalah kekhilafan melakukan sujud ketika dahi sedang berlapik dengan telekung selain sejadah. Nampak remeh bukan? Mungkin juga sudah bertahun-tahun anda menganggap ia sebagai perkara biasa. Namun perkongsian daripada wanita bernama Aishah Hijanah ini telah membuka mata ramai. Menurut tertib ditunjukkan olehnya, dahi kita hanya dibolehkan bersujud atas fabrik yang sudah siap dihamparkan sebelum mula menunaikan solat.
Solat tak sah jika dahi berlapik dengan pakaian kita
Bukan sahaja buat golongan wanita, sebenarnya lelaki juga kadangkala mengalami situasi ini. Bezanya, mungkin sujud mereka terhalang akibat rambut berjurai jatuh, kain baju mahupun kopiah yang tiba-tiba menutupi dahi. Bagi memberikan pemahaman yang tepat, sebenarnya Ustaz Azhar Idrus pernah berkongsikan penjelasannya sebelum ini. Tegasnya anda dahi berlapik dengan fabrik yang terdiri daripada pakaian kita sendiri, solat itu adalah tidak sah.

Sumber : Instagram Aishah Hijanah dan YouTube Shahzaro