Mudah dikenali & ikut arahan antara hikmah jemaah tabligh diuji dengan Covid-19
Sejak gelombang kedua Covid-19 melanda negara kita, jemaah tabligh teruk dihentam apabila didakwa menjadi punca penularan wabak maut ini.
Perhimpunan ijtimak tabligh yang diadakan di Masjid Sri petaling pada 22 Februari sehingga awal Mac tempoh hari menghadirkan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di Malaysia. Setakat semalam, 10 mangsa telah dilaporkan terkorban.
Namun begitu, disebalik kecaman-kecaman yang diterima oleh mereka, ada insan yang bersuara menyatakan ada hikmah jemaah tabligh ini yang menjadi golongan yang paling ramai dijangkiti Covid-19.
Senang dikenali berbanding orang awam lain
Menerusi Facebook Abu Khaleef, dia memberitahu bahawa sosok fizikal jemaah ini yang mudah dikenali seperti berjanggut dan berjubah memudahkan para petugas kesihatan mengenali mereka berbanding orang awam yang berpenampilan sama.
Biasa bekerja dalam sistem & patuh arahan
Selain daripada itu, mereka semua telah didedahkan dengan gerakan yang bersistem iaitu dengan setiap kawasan mempunyai ketua atau dikenali sebagai amir. Jadi, mereka sememangnya mudah dikesan kerana sebahagian besar daripada mereka mengikut arahan.
Hal ini terbukti apabila hampir seluruh daripada jemaah yang mengikuti ijtimak di Masjid Sri Petaling itu pergi membuat saringan Covid-19 sepeprti yang disarankan.
Andai Covid-19 masuk ke dalam kelab malam?
Dalam pada itu juga, Abu Khaleef meminta agar seluruh warganet berfikir sekiranya Covid-19 ini menimpa golongan yang berada di kelab malam ataupun mana-mana konsert.
Pastinya urusan mengenalpasti individu yang positif agak sukar berikutan karakter mereka sediri yang umum sedia maklum. Tentunya ada yang melawan dan ingkar dengan arahan untuk melakukan saringan berbeza dengan jemaah tabligh.
Perkongsian tersebut sedikit sebanyak telah membuka mata ramai pihak kerana sejak kebelakangan ini ramai yang menunding jari sepenuhnya kepada mereka. Sedangkan, hampir sebahagian besar mereka yang menyertai ijtimak ini sudah berjaya dikesan kerana masing-masing patuh dengan arahan daripada pihak KKM.
Mungkin inilah hikmah Allah nak tunjuk
Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian sumber, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diatas muat naik panjang lebar oleh Abu Khaleef.
Mereka mengakui bahawa ada benarnya perkongsian itu dan berharap agar para jemaah tabligh yang masih belum membuat saringan melakukan perkara sama. Mereka juga berdoa agar pesakit yang positif agar lekas sembuh dari wabak maut ini.
Masyarakat mungkin salahkan yang tak beri kerjasama
Mula2 marah, tapi ramai yang ikut arahan
Yang kecil tulah yang membentuk persepsi
Sumber : Abu Khaleef