Ditutup Untuk Umum, Tukang Cuci Tetap Rasai Nikmat Solat Di Masjid Nabawi
Semanjak penularan wabak COVID-19, kerajaan Arab Saudi telah membuat larangan mengerjakan umrah termasuk bagi rakyatnya sehingga satu masa ditentukan, selain menyekat menziarahi Masjid Nabawi dan beribadat yang menjadi tumpuan dunia kepada umat Islam
Arab Saudi juga menyekat kemasukan warga asing terutama daripada negara yang terjejas akibat COVID-19 ke Mekah dan Madinah.
“Allah memuliakan mereka…”
Di Twitter, satu perkongsian video yang pastinya menyentuh hati umat islam dan mengubat kerinduan pada alunan azan di Masjid Nabawi. Dalam perkongsian tersebut dapat dilihat, sebilangan jemaah sedang mendirikan solat di dalam masjid berkenaan.
Umum sedia tahu bahawa Masjid Nabawi ini kini ditutup sementara waktu untuk kemasukan awam, tetapi kerja-kerja pembersihan masjid ini tetap diteruskan dan dijaga.
“Mereka bertanggungjawab menjaga kebersihan…”
Jemaah-jemaah yang mengerjakan solat tersebut dikatakan merupakan pekerja dan tukang cuci yang memelihara kebersihan Masjid Nabawi ketika ini. Oleh itu, mereka ini dikecualikan dan boleh mengerjakan ibadan di Masjib Nabawi seperti biasa.
Situasi ini boleh membuka mata serta hati kita bahawa, pangkat harta bukanlah perkara yang menjamin dan dipandang oleh-Nya. Paling penting adalah hati serta sifat yang mulia dalam melakukan amanah yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
Sumber: Twitter.