“Aku Tengok Bayi Tido Dengan Kain Bendung Ketat Mulut Tutup..Baru Sehari Aku Kerja Dekat Taska,Bila Aku Tegur Kena Pulau..Esoknya Aku Berhenti..”


Aku Kerja Sehari kat Taska, Baby Tido Kain Bedung Ikat Ketat-Ketat . Aku tegur pada owner , esoknya aku kena pulau dengan cikgu lain.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang korang baca pada tajuk, ya aku cuma sekadar seorang guru taska selama sehari. Kenapa sehari? Cerita dia macam ni…

Satu hari tu aku ada pergi interview untuk guru taska (swasta) di satu kawasan yang dekat dengan tempat aku tinggal. Sampai saja di taska kebetulan hari tu budak budak dan pengasuh serta guru cuti.

Jadi yang ada owner taska dan aku saja. Sepanjang interview berlangsung entah kenapa aku rasa something wrong dengan owner ni. Mungkin memang firasat aku. Tu aku tak pasti.

Owner tu ada cakap yang staf dia selalu tak bertahan lama dan selalu bertukar ganti. Aku tanya lah kenapa, dia kata “entah lah, semua attandence pon tak cantik.” Aku dah rasa macam tak kena, tapi aku abaikan saja.

Owner tak tanya aku banyak pon, bahkan soal hari dan waktu bekerja semua aku yang kena tanya baru dia jawab. Dia hanya ulang ulang cakap “saya betul betul harapkan awak boleh kerja sini. Esok start kerja ya.” Walhal time tu pasal gaji pon dia tak sebut sampai ke sudah.

Esoknya aku masuk kerja pukul 8 pagi. Mula mula tu aku duduk duduk lah dekat ruang tamu sambil tengok tengokkan budak budak yang tengah tengok tv time tu. Dan time tu ada la beberapa pelajar yang baru sampai, time ni masa lebih kurang dah pukul 9 pagi.

Budak tu sampai ja, cikgu atau pengasuh taska tu terus tukarkan baju mereka kepada baju taska. Tukar sahaja, tak bagi mandi pun. Semua budak mereka buat begitu. Cuma tukarkan baju tanpa mandikan. Lepastu, aku masuk lah dalam bilik.

Taska ni ada 3 bilik. 2 bilik untuk bayi berumur lebih kurang 6-9 bulan, ada lah 3 orang bayi. Dan 1 bilik belajar untuk budak berumur 3-4 tahun.

Bagai nak luruh jantung aku bila aku tengok bayi bayi tu tidur dalam keadaan berbedung ketat, kemudian ditambah dengan tangan diikat dengan kain dan muka juga ditutup dengan kain keseluruhannya. Ya Allah, macam nak menangis aku time tu. Memandangkan aku juga seorang ibu.

Luluh hati aku tengok keadaan tu. Jam lebih kurang pukul 11 pagi, bayi bayi tu pon dah start berjaga dan mula menangis. Si pengasuh tak habis habis mengeluh dan asyik mintak bayi sambung tidur saja. Kata nya “bangun buat apa awal awal ni. Tidur laaa. Aku baru nak rehat.”

Sedangkan time tu guru dan pengasuh tu sibuk dengan handfone masing masing. Tapi akhirnya pengasuh tu keluarkan bayi bayi tu dan letak di ruang tamu tanpa sebarang alas ya. Letak atas mozek saja.

Aku tengok lengan bayi bayi tu semua berbirat merah kesan dari kain yang diikat tadi. Aku rasa berdosa sebab seolah bersubahat dengan perbuatan mereka.

Oh ya untuk pengetahuan semua, pengasuh/guru ada 5 orang termasuk aku, dan mereka semua belum berkahwin kecuali aku. Bayi ada 4 dan kanak kanak ada 12 orang. Cuma hari tu kanak kanak yang datang cuma 7 orang dan bayi 3 orang.

Budak budak tu breakfast makan bijiran tanpa susu. Sedangkan dalam menu aku tengok tulis bijiran+susu. Tengah hari menu ayam kicap dan sup sayur tapi yang ada cuma ayam kicap +ubi 3-4 ketul yang di potong kecil kecil gila.

Budak budak pon aku tengok macam tak happy duduk situ. Seolah dalam ketakutan. Ada seorang budak perempuan ni meleleh leleh air mata dia duduk tepi seorang cikgu ni sambil tengok aku.

Mula mula aku ingat dia takut dekat aku rupanya dia takut dengan cikgu cikgu situ.

Cikgu cikgu marahkan dia bila dia menangis begitu dan takutkan dia dengan “menangis kenapa. Nanti cikgu letak dekat luar nak?! Bagi anjing makan.”. Cakap dengan nada yang kuat.

Lagi lah menangis budak tu. aku pon panggil lah “mai dekat cikgu maih.” Dia terus bangun cepat cepat dan duduk di sebelah aku dan terus berhenti menangis. Diikuti oleh 2,3 budak yang lain. Semua duduk keliling aku.

Pukul 12.30 tengah hari baru diorang mandi. Masa nak tidurkan bayi semula aku dengar lah dalam bilik tu macam bayi tu di tampar kuat kuat sebab disusuli dengan tangisan yang kuat dari bayi.

Aku terus masuk bilik tu melulu dan mintak pengasuh tu tengok kan budak dekat luar dan aku yang uruskan bayi bayi tu. Bedung dan ikatan yang kuat serta kain yang tutup muka bayi bayi tu aku bukak. Aku tepuk perlahan lahan sambil sambil usapkan di bahagian mata.

Tak sampai 10 minit pon dah tidur bayi bayi tu. Sorang bayi ni tidur di bilik sebelah gelap gelita, tubuhnya agak “sihat” masih tak nak tidur dan aku mintak kepada pengasuh tu botol susu dia untuk aku buatkan susu.

Pengasuh tu cakap “dia dah minum dah tadi.” Aku kata lah “dia nak susu lagi tu. Baby yang badan sihat sihat ni memang minum susu berulang.” Pengasuh tu pergi buatkan susu dalam keadaan yang bebai dan marah marah. Aku tak peduli.

Kenapa nak pekim susu budak tu, bukan kau yang beli susu dia pon. Aku ambil susu tu dan terus bagi dekat baby tu sambil tidurkan dia. Aku tengok laju ja dia sambar puting susu tu macam tengah lapar sangat.

Tak sampai 10 minit pon dah tidur budak tu. Dan bayi bayi tu tidur lama ya mungkin selesa muka tak ditutup dan tangan tak diikat seperti sebelumnya.

Esok tu, memandangkan hari cuti aku beranikan diri whatsapp owner taska dan bertanya berkaitan apakah normal bayi ditidurkan dengan keadaan sebegitu. Ehh, dia pulak tanya kita “tidur dalam keadaan macam mana.” Aku mintak dia tengok kan cctv.

Lepastu aku terangkan bagaimana bayi tu ditidurkan, geramnya hati aku bila owner tu seen saja whatsapp aku. Aku mintak owner tegur staf dia dan mintak dia selalu pantau cctv. Dia seen saja juga whatsapp aku seolah langsung tak terkejut dan tak kisah.

Aku geram, aku sent video bayi bayi yang diikat dan ditutup muka tu. Baru lah dia respond dan hanya cakap akan tegur staf dia. Aku tau dia hanya takut aku viralkan video tersebut memandangkan dia tengah tambah cawangan baru untuk taska tadika dia.

Esoknya lagi aku sengaja masuk kerja macam biasa, pukul 8 pagi. Semua staf pulaukan aku dan buat muka tak puas hati maybe sebab owner dah tegur.

Tapi aku terdengar mereka menyebut “kak Didi (owner taska) pon tak kisahh”. Aku masuk bilik tengok keadaan bayi alhamdulillah tak diikat dan ditutup muka.

Hanya berbedung. Lepas tu dalam pukul 8.45 pagi aku keluar taska dan maklumkan secara whatsapp kepada owner yang aku berhenti kerja situ. Tapi aku yakin lepas aku keluar tu mereka masih lakukan perkara yang sama kepada bayi bayi tu.

Entah lah sampai hari ni aku rasa berdosa dan bersubahat jika biarkan perkara macam tu. Tapi aku tak tau apa yang patut aku buat. Serba tak kena. Aku tak tenang memikirkan nasib anak anak dekat taska tu.

Aku ada pergi balai tunjuk video tu dan minta pendapat dari pihak polis, tapi balai yang aku pergi tu tak cover untuk kes jenayah atau penderaan. Jadi aku balik macam tu saja.

Pesanan aku, kepada ibu bapa selalu lah pergi jenguk jenguk kan anak secara mengejut dekat taska. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Mostly mereka yang belum berkahwin dan belum punya anak tak ada lagi sifat keibuan dalam diri. Sayang mereka pada bayi dan kanak kanak tak sama macam kita yang dah jadi ibu ni sayangkan budak budak.

Aku hanya mampu doa semoga Allah lindungi anak anak dekat taska. Dan aku yakin benda yang tak baik ni lambat laun akan kantoi juga.

Antara komen dan respon mengenai kes ini ;

Sumber:iMuslimNetwork