Suka bertukar duka, bapa pengantin perempuan meninggal selepas majlis nikah anak


Jodoh, ajal dan maut sememangnya rahsia Allah S.W.T. Siapa sangka, dalam kita gembira menyambut orang baru dalam keluarga, ada yang harus pergi meninggalkan semua pada hari yang sama.

Perkara itu diceritakan sendiri seorang photographer yang sepatutnya mengambil gambar pada majlis pernikahan satu pasangan pengantin.

Menurut norchafieqahazri, majlis kahwin yang sepatutnya diadakan bertukar majlis tahlil apabila bapa pengantin perempuan meninggal dunia seusai pulang dari majlis pernikahan di pejabat agama.

Pengantin tak sempat bergambar

Menurut photographer itu lagi, bapa kepada pengantin perempuan dilihat agak penat ketika pernikahan anaknya dan tidak disangka, pulang dari pejabat agama Allahyarham meninggal dunia.

Tambahnya, tiada langsung gambar diatas pelamin selepas pernikahan kerana berita sedih yang diperoleh benar-benar menyentap kegembiraan tersebut.

Ada yang pernah alami perkara sama

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham diatas khabar duka tersebut.

Ada juga diantara mereka berkongsi kisah yang sama ketika majlis perkahwinan dan terpaksa menukar majlis kepada bacaan tahlil serta yassin

Semoga diberi kekuatan

Sumber: TikTok