Pakcik Tua Diberhentikan Kerja, Terpaksa Kayuh Basikal Beratus Kilometer Untuk Pulang Ke Kampung


Pakcik Tua Diberhentikan Kerja, Terpaksa Kayuh Basikal Beratus Kilometer Untuk Pulang Ke Kampung

Dugaan berat tersebut dihadapi oleh seorang warga emas yang dikatakan telah diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan di Thailand.

Setiap insan pasti akan merasa sedih apabila terpaksa diberhentikan kerja lebih-lebih lagi dalam situasi yang mervncing seperti sekarang ini.

Menerusi perkongsian asal seorang pengguna Facebook, Wipaporn Rungchot memberitahu bahawa warga emas itu mengayuh basikal ratusan kilometer untuk kembali ke kampung halaman setelah diberhentikan kerja.

Ketika ditemui, dia berada dalam keadaan yang sangat letih dan juga tidak mempunyai wang sehingga dikatakan tidak dapat membeli makanan dan minuman.

Dia yang masih memakai pakaian seragam pengawal keselamatan, menunggang basikal bermula dari wilayah Rayong ke Ubon Ratchathani yang mengambil masa berhari-hari.

Mujur ada insan yang membantunya, namun kesihatannya berada dalam keadaan yang tidak baik.

Dikhabarkan penglihatan warga tua ini terganggu namun tidak ada wang untuk mendapatkan rawatan. Dia akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke kampung halaman setelah diberhentikan kerja.

Sumber:Wipaporn Rungchot, Siakap Keli, Sajagempak