Luluh hati bapa anak tahfiz lemas, ” Tak sempat tunai janji solat jumaat bersama ”
Kami janji untuk solat Jumaat sama-sama, luah bapa salah seorang pelajar sekolah pondok yang ditemui lem4s, Muhammad Zul Hafiz Azman, 18, di sungai Gong Dermin, Kubang Kerian di sini pada pagi Jumaat.
Bapa m4ngsa, Azman Mahmod, 61, berkata, dia menetap di Selangor baru lepas bersara dan berhasrat untuk berpindah ke kampung halaman di Pengkalan Chepa, Kelantan serta berjanji untuk berjumpa dengan anak bongsu daripada lima beradik itu pada Jumaat.
Katanya, mereka berjanji untuk bertemu bagi urusan perpindahan keluarga selain berhasrat menunaikan solat Jumaat bersama-sama.
Semalam, saya baru saja menerima WhatApps daripadanya memberitahu tentang pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) miliknya yang diumumkan pada Khamis.
Saya mengucapkan tahniah dan memberitahunya rancangan serta berjanji untuk bertemu dia pada hari ini.
Kami juga berjanji untuk pergi menunaikan solat Jumaat bersama-sama, katanya ketika ditemui di Unit Forensik di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian di sini pada Jumaat.
Azman berkata, anak lelakinya itu baru sahaja dihantar ke sekolah pondok di Pasir Tumboh tersebut atas permintaan remaja itu sendiri untuk menjadi hafiz al-Quran selepas menamatkan SPM baru-baru ini.Al fatihah.