Anak tunggu ibu pulang dari umrah nak belanja ‘duit gaji kedua’, pilot call beritahu ‘mak dah men1ngg4l’ sebaik mendarat di KLIA

 


BAGI kebanyakan individu di dunia ini, ibu adalah segalanya maka pemergian insan tersayang ini bagaikan hilang separuh jiwa.

Begitulah apa yang dirasai oleh Muhammad Norikhmal Ahmad, 21, apabila berkongsi video di media sosial melu4hkan rasa rindu pada ibu yang men1nggal dvnia pada 3 Jun lalu.

Bercerita kepada mStar, lelaki ini memperincikan semula kisah pemergian ibunya, Norasiah Awi, 53, yang men1nggal dvnia di pintu pesawat sekembali dari umrah.

“Sebelum mak pengsan, dia ada cakap dengan abah yang dia penat jadi nak rehat sekejap. Tiba-tiba mak rebah masa depan gate C12 Satellite Building tu.

“Saya mendapat berita pasal mak lebih kurang jam 12.50 tengah hari. Panggilan tu dibuat oleh seorang juruterbang guna telefon mak. Dia yang bawa mak ayah saya pulang dari Jeddah ke Malaysia.

“Mula-mula tu saya ingat mak buat panggilan video nak beritahu dah sampai. Bila saya angkat panggilan tu pilot beritahu ‘Maaf saya nak beritahu semua mak awak dah men1nggal‘. Saya sangat terkejut sebab sebelum tu mak ada telefon beritahu fasal nak balik ni tapi dia ceria je tak nampak s4kit pun,” ujarnya.

Jelasnya yang senang disapa Kikiey, perginya ibu dari kehidupannya kini merupakan satu kehilangan besar kerana hubungan mereka yang begitu akrab sekali.

Menurut jejaka yang bekerja sebagai guru tadika dan menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur ini, dia sedikit ralat dan terkilan selepas kem4tian ibunya.

Kata Kikiey, hajat untuk dia melakukan kejutan buat ibunya sejurus pulang dari menunaikan umrah tidak kesampaian.

Ibu Kikiey semasa berada di tanah suci.

“Sebenarnya bulan Jun ni merupakan bulan kedua saya terima gaji. Bulan lepas saya dah bagi mak duit raya sebab selama ni saya saja yang dapat jadi tahun ni saya sempat merasa bagi mak rasa hasil kerja saya.

“Saya tak sempat nak tunaikan janji dekat arw4h. Saya nak bawa dia pergi jalan-jalan. Kalau boleh nak habiskan gaji saya ni untuk mak sebagai balasan dan tanda terima kasih dah besarkan saya dengan baik,” katanya.

Kikiey yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, terlalu banyak momen dan kenangan bersama ibu yang sukar dilupakan menyebabkan hatinya berat untuk menerima kenyataan ini pada mulanya namun akhirnya dia reda.

“Banyak kenangan dengan ibu saya tak boleh lupakan. Saya sangat rapat dengan mak sampai abah pun cembvru. Lepas ni dah tak ada dengar suara mak memb3bel atau panggil nama saya.

“Dah tak ada lagi masakan yang dimasak oleh mak. Rendang daging, masak lemak cili api ayam dan sup merupakan lauk kegemaran saya kalau ibu yang masak. Semestinya masakan ibu kita merupakan makanan paling sedap di dunia ini,” ujar Kikiey lagi.

Berikutan video yang menjadi tular sehingga meraih hampir 1 juta jumlah tontonan, para warga maya turut menitipkan doa serta kata-kata semangat buat Kikiey yang sedang berduka ketika ini.

Kikiey bersama ibunya sebelum berangkat ke Mekah menunaikan umrah.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan mak saya dan memberikan kata-kata nasihat dan semangat untuk kami sekeluarga. Dengan izin Allah kami sekeluarga cuba untuk kuat demi arw4h mak.

“Hargai mak abah selagi mereka masih ada. Mungkin sekarang kita tak nampak betapa pentingnya mak abah dalam hidup. Tapi bila mak atau abah tak ada baru rasa macam mana hidup tanpa mereka.

“Habiskan waktu bersama mak abah kita. Mereka membesarkan kita dengan baik sampai kita jadi diri kita yang sekarang. Kasih sayang seorang ibu memang tiada ganti. Hargailah mereka selagi hayat ada supaya tidak menyesal di kemudian hari,” katanya.

Komen netizen:

Sumber: mstar via sinarviral.kini.blog