An̷ak T̷ak S̷angka Pian C̷ecupak Buka Pus̷at T̷ahfiz, Minta An̷ak Urusk̷an Kalau Dia Dah Tiad̷a

 


Pemergian selebriti dan juga pelawak senior, Pian Cecupak, 52 malam semalam sememangnya mengejutkan ramai terutamanya peminat sitkom Cecupak yang pernah beersiaran di TV3.

Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman ditemui dalam keadaan terbaring dalam bilik air di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur.

Jenazah sudah dikebumikan
Difahamkan allahyarham telah mengalami serangan jantung secara tiba-tiba dan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 malam.

Melalui posting yang dikongsi Instagram officialhlive, jenazah allahyarham telah selamat dikebumikan di anah Perkuburan Islam Batu Muda, Taman Selasih lebih kurang jam 11 pagi.

Terkejut bapa ada pusat tahfiz
Dalam laporan dari Mstar pula, anak kepada pelawak tersebut, Nuraina Fazrin, 25 memaklumkan yang bapanya kerap kali mengingatkannya supaya menguruskan pusat tahfiz yang dibangunkan sebelum ini andai kata dia sudah tiada.

Jelas Nuraina lagi, pada awalnya allahyarham ada memberikan satu nombor telefon pusat tahfiz namun langsung tidak memikirkan apa-apa sehinggalah dia menelefon sendiri tempat itu.

“Abah mesej beritahu fasal pusat tahfiz dia. Dia suruh jaga apabila dia tiada, selalu cakap benda tu dengan saya,”
“Saya macam tak fikir apa-apa pun, dia cakap jangan anggap dia gila… rupanya benda tu betul-betul dia buat.”
“Saya baru dapat contact number pusat tahfiz tersebut, saya tak tahu yang abah sebelum ni ada pusat tahfiz cuma dia pernah beritahu suruh uruskan pusat tahfiz tu.”
“Tapi saya tak tahu lagi lokasinya di mana, lepas dah uruskan jenazah abah baru saya akan uruskan hal pusat tahfiz tu,” katanya.

Bapa tak sempat tahu tentang kehamilan kali ke-2
Dalam pada itu, Nuraina turut mengatakan yang dia agak terkilan dengan kehilangan bapanya kerana sudah bercadang untuk bertemu pada hujung bulan ini untuk memberitahu tentang kehamilan keduanya, namun allahyarham memberitahu yang dia tiada kerana mempunyai urusan lain.

Ternyata apa yang diucapkan benar-benar terjadi apabila ‘pergi’ dijemput Ilahi sebelum tahu mengenai kehamilan anaknya.

“Pada 30 Januari ni sepatutnya dah plan nak ajak abah pergi keluar makan, tapi abah kata dia tak ada kerana ada hal.”
“Tak sangka pula dia betul-betul dah tiada sekarang. “Saya pun tak sempat nak beritahu abah yang saya mengandung anak kedua, tak sempat nak beritahu apa-apa,” ujarnya.

Sumber: Mstar (Ali Toupan Rajalee), Instagram officialhlive