IBU TINGGALK̷AN AYAH L̷ARI DGN LAKI MUDA, PUAS KAMI CARI IBU. LPS 3 TAHUN, TIBA2 IBU BALIK TUNTUT HARTA
Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Kisah bermula saat aku menuntut di salah satu pendidikan tinggi awam. Satu per satu tingkah laku ibu yang pelik mula ku hidu. Tetapi apa daya kudrat ku. Bila disuarakan aku disebut sebagai anak yang ingin melihat keluarga sendiri berpecah belah.
Walau sekuat mana aku memberontak akhirnya aku mengalah. Biarlah kuasa Allah swt tunjukkan kebenaran.
Benar begitulah doa ku. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa ku. Walaupun masa nya kurang tepat. Di saat aku bersekang mata menghadapi ujian akhir semester, Allah tunjukkan pada seluruh keluarga ku ibuku ada lelaki lain.
Emosi ku terganggu kembali. Tapi di satu sisi aku lega tuduhan ke atas aku nyata tidak benar. Curigaku berasas.
Di satu sisi aku kasihan kan ayahku. Tulang empat kerat dikerah untuk menyara keluarga. Berpanas berhujan mencari nafkah. Hidup ayah hanya untuk keluarga. Tidak kasihankah kau ibu?
Kemelut berakhir dengan ayah mahukan kami adik beradik lupakan semuanya. Ayah mahu kami maafkan ibu. Kerana hormat kepada ayah dan kasih seorang anak, aku harap ibu berubah. Tapi tidak.
Ibu seakan tiada takut nya. Keluar sesuka hati seberapa lama yang tidak masuk akal alasan nya. Hncur hati ku begitu juga hncur harapan ku kepada ibu.
Kemuncak cerita apabila ibu melarikan diri dari rumah. Kurang dari lima bulan dua orang anaknya akan bernikah. Pada masa yang sama, adik ku sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi spm. Tak terfikir oleh akal ku, bagaimana ibu sanggup buat begini kepada kami.
Disebabkan kami meminta ibu untuk lupakan lelaki muda itu. Hanya kerana kami ingin ibu berubah. Ibu tinggalkan kami disaat kami sangat perluukan ibu. Atas nasihat dan sokongan sanak saudara majlis pernikahan tetap diteruskan.
Bertalu talu nasihat diberi kepada adik supaya tetap fokus untuk spm. Risauku kepada adik kerana ibu yang bertanggungjawab untuk hantar dan ambil adik ke sekolah. Bagaimana mungkin adik tidak terganggu?
Tiga tahun lebih berlalu. Ibu hiilang tanpa berita. Ayah merindui ibu. Rep0rt polis yang dibuat tiada hasilnya. Bermacam andaian yang aku fikirkan. Sihat kah? Skit kah? Dimanakah? Tidak kira berapa kali aku bertanya masih tiada jawapan.
Kini, aku sendiri sudah menjadi seorang ibu. Skit payah mengandung melahirkan membuatkan aku masih tidak dapat menerima bagaimana ibu mampu tinggalkan kami.
Beberapa hari sebelum tiba bulan Ramadhan, aku menerima panggilan dari nombor yang tak dikenal. Syukur Alhamdulillah, berdegup laju jantungku saat aku tahu itu ibu. Ibu yang aku rindu.
Serta merta kemarahan ku kepada ibu hiilang sekelip mata. Tidak sabar ku bercerita bahawa ibu sudah menjadi nenek. Aku minta ibu pulang. Bahkan tidak terfikir untuk bertanya kemana ibu pergi. Aku hanya rindukan ibu.
Apakan dayaku, ibu masih tidak berubah. Dengan sengaja ibu bercerita ibu pergi berjalan jalan satu malaysia. Koleksi tudung berkotak kotak. Ibu tunjukkan yang dia bahagia.
Ibu masih dengan caranya yang mengaku janda seperti dulu. Dan ibu kembali untuk menanyakan harta. Aku biarkan ibu dan ayah selesaikan urusan yang tertinggal antara mereka. Bercrai itu yang ibu minta.
Tiga tahun lebih ibu tiada, untuk menerima ibu kembali bukan mudah. Apatah lagi ibu masih menghina kerja ayah.
Padahal dengan kerja itu lah ayah membesarkan kami walaupun tidak mewah. Sebab kerja keras ayah lah memberi semangat aku akhirnya aku dapat menghabiskan degree dengan biasiswa.
Rinduku kepada ibu bertukar marah dan geram yang teramat sangat. Ibu nyata hanya kembali untuk menuntut harta yang dinamakan ke atas nya. Pelik aku.
Bukankah ibu berkeras mahukan lelaki itu sebab berduit? Kenapa harta yang ada bersama ayah yang kerja hina ni yang dikejar kembali.
Ibu berbicara seperti tiada rasa bersalah atas apa yang dilakukan nya. Tidak kah ibu tahu kalau d0sa mngalkan suami seperti itu adalah d0sa besar? Mustahil ibu tidak tahu, hari hari ibu meratip amal ibadah nya.
Aku dengan skit hati melihat tingkahlaku ibu tidak membalas whatsapp darinya.
Saat aku sibuk masak makanan berbuka untuk ayah adik saat itu lah ibu mengajak untuk berwhatsapp atau videocall. Aku sedih. Ibu orang lain masing masing masak macam macam resepi tapi tidak ibuku.
Disebabkan itu ibu tanya aku mahu jadi anak derhaka kah? Sampai saat ini aku masih bertanya, tak layak kah aku untuk marah kepada ibu yang sanggup fitnah anak hanya untuk tutup kesalahannya?
Derhaka kah aku? Tak layak kah aku marah sebab ibu tinggalkan kami demi lelaki lain disaat kami sangat perluukannya? Salahkah aku merasa awkward bila ibu datang kembali setelah ibu sendiri yang pergi dari hidup kami.
Mungkin ada yang tahu siapa aku. Biarlah ku beritahu bahawa jika ini yang dinamakan anak derhaka, aku terima.
Jika ibu pulang dengan insaf tidak mungkin aku menolak tapi tidak ibu pulang dengan angkuh bangga dengan apa yang dibuatnya. Tidak berhak kah aku untuk berasa sedih dan menjauh?
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Yat Hayati, Sabar la sis, buruk sebagaimana pon ibu kita xkan sekali dibenarkan kita jd derhaka padanya.
Biarla d0sa itu hanya antara dia dan Allah.
Sebagai anak perempuan, sis xwajib mengutamakan ibu melebihi suami, namun xboleh juga menyakiti hati ibu.
Tetaplah berdoa utk kedua ibu bapa kita, in sha allah akan tiba masanya Allah makbulkan doa kita.
Norizan Mamat, Salam, Tak faham kenapa ayah confessor tak lepaskan dengan baik ? Kenapa nak ikat jika biarkan melayang tak terkawal ?
Hmmm… Tak faham betul lelaki yg ingin turut sama mengumpul d0sa hanya kerana mahu isteri menderita tak dapat bahagia bebas. Isteri memang berd0sa. Adakah tidak terpalit sama d0sa isteri tu ? Tak faham betul makcik.
Zaihan Rani, nasiht abg, adik biarkan abah dn mak tu. adk fokus rumhtga adk. abg ckp dr pglman. abg ank sulung,nk selamatkn kluarge kononya, abg bsuara bg pihak ayah dn adk brdik. tiba2 mak abg kmbali konon insaf, dia hasut ayah dn adik2 mbenci abg (mgatakn abg batu api)..
Skg abg myendiri je,jlnkn tgungjwb tp muncul bila perlu. sbb abg sedar abg pn salah, abg ni ank, dlm ceramh ustz somad, ank xblh tegur mak ayah. kpd tt, jd ank solehah, bb dose tu kite mngadu pd Allah.
Syafina Zul, Semoga Tt kuat. Saya ajar anak saya sayang saya kerana Allah, andai suatu hari saya salah tegur kesalahan saya kerana Allah… Taat kpd ibu bapa bukan ketaatan mutlak. Itu sy bg tau anak ler.
Ibu bapa jangan guna kan kuasa ibu untuk memaksa ank ikuttt aje, sekali pun apa yg kita buat itu salah. Ayah tt boleh guna kan kuasa suami untuk fail kan nusyuz isteri, dan tidak perlu simpan isteri yang tidak menunjukkan contoh yg baik pd anak2.
Ummu Safiah, Sabarlah ini ujian bahagian buat mu di dunia. Ada org diuji dgn ayah tidak btgjwb sedari kecil. Ada org diuji dgn anak skit mmbawa maaut dll..
Adapun derhakanya ibumu pada ayahmu. Itu hal mereka. D0sa dia dgn Allah. Dgn suaminya..Ia tak mnjdi tiket dan alasan yg valid di depan Allah utk si anak buang ibu.
Mmg jika ikutkan hati seorang manusia, tak dapat nk layan elok2 ibu jenis mcm ni. Tp tu lah kan. Ibu tetap ibu. Dia yg mengandungkan. Dia yg rasa skit melahirkan. Menyusukan. Mengasuh.
Kenanglah jasa2 ibu di zaman lalu semasa TT kecil bgaimana pengorbanannya pada TT hrp2 dpt mengubat luuka TT. Cakap baik2. Balas wasap. Layan spt biasa dlm ms masa cubala nasihat scara lembur dn berhikmah agar ibu bertaubat..
Mgkin ibu terlalu mengejar impiannya yg dulu tak dpt dikecapi kerana dulu dia sanggup bersusah payah dgn ayahmu mmbesarkan kamu adik beradik. Mgkin sabarnya telah habis. Dan dia gagal dgn godaan dunia. Layanlah ibu dgn baik.
Ammar Yaseer, Ibu derhaka namanya tu. Derhaka pada Allah sebab abaikan tjawab pd anak2 dan bergelumang mksiat. Ibu atau bapa yg begini, anak2 tak perlu taat pun. Walaupun kita selalu dengar org kata, wajib taat ibu bapa walau dia buat apa pun pada anak2 dan pasngan.
Wahh, seronok la gitu, buat jahat sungguh2 masa sihat/muda, abaikan rmhtangga lepas tu dah tua dah saakit melalak2 minta anak jaga. Mintak dijulang2 atas kapasiti sbg bapa/ibu.
Tidak sama sekali. Setiap kejaahatan dan kebaikan pasti ada balasan dan ganjaran. Anak2 dan pasngan yg pernah dizalimi sahaja yg tahu skit dan luuka prahnya bagaimana. Kifarah itu benar.
Suraya Azlin, kat confession ni,selalu baca cerita mak jahat kat anak, mak zalim, mak pih kasih. rasanya saya belum lagi ada terbaca confession ibu pasal anak..pasal apa ye?agaknya anak2 sekarang baik sangat kot, mulia sangat di mata ibu.
Fazilah Musa, Rasanya ayah dia sengaja taknak crai sbg satu “hukuman” supaya mak dia tak blh sewenang kawen lain kot? Mcm nak balas dndam secara halus. Maybe laa.
Ari Kael, Rasanya klu ayah craikan ibu sbb ibu lari dr rmh and cuurang ikut jantan lain, ibu x berhak tuntut apa2 harta sepencarian..rasanya lah, mungkin ada yg lebih arif ttg hal ni, bab derhaka, Allah lg tau dik, kau jgn la risau, jaga je ayah tu baik2, ibu kau tu x layak dipanggil ibu.
Najuki Hadi, Sebenar nya ibu kau yg derhaka PD suaminya… Kalo aku terus aku m4ki dpt ibu cmtu…. Sblm dia nak kata anak derhaka… Tanya dia apa hukum kalo isteri derhaka lagi musibah hdp nya.
Cik Husna, Assalamualaikum W.b.t. Dear Neil, semoga Allah s.w.t kurniakan ketenangan didalam hatimu. permasalahan diantara ibu ayah, sebaiknya biarlah mereka yg selesaikan.
kita sebagai anak, sedikit pun tidak layak untuk mencampuri apatah lagi menghakimi ibu/ayah kita. yg kita boleh lakukan sebagai seorang anak adalah mendoakan kebaikkan untuk ibu ayah kita.
(ini nasihat dari suami saya) teruskanlah berkhidmat kepada ayah & teruslah berbuat baik kepada ibu, mudah²han Allah melimpahkan rahmatNya asbab Neil anak yg solehah, insyaAllah.
yakinlah bahawa dalam ujian, ada rahmat yg tersembunyi. ujian tanda Allah s.w.t sayang kepada kita, Allah s.w.t berkehendak kita merintih merayu kepadaNya.
Ambillah keberkatan di bulan ramadhan ini dengan berdoa bersungguh² agar Allah s.w.t keluarkan Neil sekeluarga dari ujian ini.
insyaAllah akan ada sinar suatu hari nanti kerana Allah s.w.t tidak akan pernah menolak doa hambanya melainkan samada dikabulkan atau diberikan yg lebih baik lagi.
Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen
Kredit: informasiviral