(VIDEO) ANAK TANYA BILA AUNTY NAK DATANG? SHUIB MALU-MALU MENGAKU MULA KENAL SESEORANG


Baru-baru ini tular sebuah video ibu Shuib, Salamiah Jalani yang bercakap tentang syarat-syarat jika seorang wanita mahu mengahwini anaknya itu.

Salamiah kemudiannya mengemukakan syarat dengan wajah yang tenang.

“Kalau nak kahwin dengan Daddy, pertama dia mesti kena pandai masak sebab Daddy kuat makan. Macam ibu kena masak pukul 2-3 pagi, sanggup ke siapa nak kahwin dengan Daddy tu.”– katanya.

Bila aunty nak datang? Shuib malu-malu mengaku mula kenal seseorang.

Semasa Majlis Pelancaran Tudung Loveta X Anzalna yang diadakan di Hotel The Ruma, Kuala Lumpur pada Jumaat, Shuib ditemu ramah Mstar.

Ketika menjawab soalan wartawan, salah seorang daripada anaknya bertanya kepada Shuib bila aunty nak datang?

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38 hubungan itu masih terlalu baharu dan diperingkat berkawan.

Menurutnya, dia sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibunya untuk mencari pengganti.“Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain.

Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya dengan anak empat.

“Ada yang cakap terlalu awal. Ada juga yang cakap untuk saya terus bergerak,” katanya.

Video:

Untuk rekod, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif cov1d-19 sejak 25 Julai tahun lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan p0sitif viru$ mavt tersebut.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat C0vid 19.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber : Instagram sitisarahraissuddin dan video Mstar via riverbed