Maafkn Mama sayang, ” Jahidah masih x dapat belai bby Nufail ”
W4nita m4ngsa keg4nasan rumah tangga, Jahidah Nordin masih belum dapat menatap dan membelai anak dilahirkannya pada November lalu kerana dia masih tidak boleh bergerak serta hanya terl4ntar di katil.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata kakak sulungnya itu tidak boleh bercakap dan hanya terlantar di katil, malah tidak dapat memberikan maklum balas apabila ditanya atau sebagainya.
Namun terdapat tanda dia memahami percakapan atau pertanyaan kami berdasarkan bahasa tubuh apabila dia kerap mengalirkan air mata.
Walaupun tangannya menger4s, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya, pasti air matanya akan mengalir, katanya di sini, hari ini.
Jahidah melahirkan anaknya, Eshan Nufail di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban di sini, pada 30 November lalu melalui pembedahan.
Fauziah berkata, berbanding Jahidah, Eshan berada dalam keadaan sihat dengan diberikan susu formula, malah berat badannya juga bertambah.
Melihat keadaan kakak, memang rasa sebak kerana keadaan ini sudah berlarutan lebih enam bulan, namun saya dan ahli keluarga lain akan terus menjaganya sehingga dia pulih.
Jahidah mengalami masalah di tekak yang mungkin menyebabkan dia sukar mengeluarkan suara namun keadaan itu dalam pemantauan pihak kesihatan, katanya.
Fauziah berkata, sehingga kini gaji Jahidah tidak dapat dikeluarkan dari bank kerana dipercayai berkaitan dengan masalah di bank dan urusan mahkamah.
Buat masa ini, kami terpaksa berg4ntung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya.
Sebelum ini, kisah Jahidah yang juga penjawat awam di Johor mendapat perhatian selepas koma akibat mengalami keceder4an serius di kepala dan tengkorak akibat dipvkul suami di rumah mereka pada 4 Mei lalu.
Jahidah yang ketika itu sedang mengandung anak sulung pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Suaminya sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tuduhan itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseks4an. Credit BH.