Kenali Lelaki Muslim Korea Dr. Hamid Choi Yong Kil. Lelaki Muslim Korea Pertama Yang Menterjemahkan Al-Quran Dalam Bahasa Korea
Kenali Lelaki Muslim Korea Dr. Hamid Choi Yong Kil. Lelaki Muslim Korea Pertama Yang Menterjemahkan Al-Quran Dalam Bahasa Korea
Umum mengetahui bahawa Korea Selatan adalah masyarakat homogen dan umat Islam adalah minoriti di bumi K-pop itu. Tetapi menurut Straits Times, kesedaran tentang Islam di kalangan orang Korea semakin meningkat serta bilangan orang Islam di negara itu semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Kredit: Zayan di Facebook
Seperti yang dilaporkan oleh mv slim, Seorang lagi tokoh yang membantu memperkenalkan islam kepada rakyat Korea iaitu Dr. Hamid Choi Yong Kil. Beliau berjaya menterjemahkan al-quran ke dalam bahasa korea. proses terjemahannya amat rumit dan mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan. Economy.PK juga berkata beliau menterjemah Sahih Bukhari, salah satu kitab hadith utama tentang Islam berdasarkan ajaran, ucapan, tradisi dan amalan nabi terakhir kita, Muhammad SAW.
Kredit: Zayan di Facebook
Beliau mengambil masa bertahun-tahun untuk menyiapkan terjemahan Al-quran ke bahasa Korea kerana ia bukan kerja mudah untuk menterjemah al-Quran dan Sahih Bukhari. Pencapaian beliau dalam menyiapkan kedua-dua terjemahan tersebut adalah luar biasa.
Salah faham dan kek3liruan berleluasa apabila mualaf atau bukan Islam cuba mempelajari tentang Islam. Hasil daripada terjemahan Al-Quran itu kebahasa korea, Orang Korea-Muslim akhirnya dapat membaca dan memahami ajaran Islam dengan lebih baik lagi
Dr Hamid Choi Yong Kil juga merupakan seorang pensyarah Pengajian Islam dan Bahasa Arab di sebuah universiti Korea. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Islam Madinah dan juga pernah menulis karya lain dalam bidang Islam. Kejayaan beliau dalam kerjayanya sebagai sarjana Islam adalah satu inspirasi dan membuka jalan kepada rakyat Korea untuk lebih memahami tentang Islam.
Sumber: havehalalwilltravel.com