Adik Ezad Lazim Telah Pergi Buat Selamanya Setelah Ditidurkan Beberapa Hari


Setiap yang hidup pasti akan pergi jua akhirnya. Pada hari ini, jam 3.15 petang adik kepada Ezad Lazim, 42 telah pergi buat selamanya. Hal itu dikongsikan oleh beliau di Instagram miliknya. Bagaimanapun, Ezad Lazim redha dengan pemergian adik bongsunya, Mohd Rizal Mohamad Lazim, 35, yang men1nggal dunia akibat j4ngkitan kuman dalam d4rah.

Sejak minggu lepas, Mohd Rizal yang dir4wat di H0spital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, ditidurkan oleh d0ktor kerana jantungnya bergerak laju serta dikesan ada j4ngkitan kuman dalam d4rah pada 18 September lalu.
Ezad berkata, “Saya tak dapat pun berjumpa arwah walaupun sudah sampai ke Kedah, semalam.

Ahli keluarga saya yang lain juga tidak dapat melawat arwah sepanjang dia s4kit dan dir4wat di h0spital,”. Menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, Ezad memaklumkan adiknya itu dimasukkan ke h0spital berkenaan selepas kurang sihat hampir sebulan akibat demam yang tidak menentu, namun ia bukan disebabkan j4ngkitan Covid-19.

Allahyarham Mohd Rizal yang masih bujang bekerja sebagai kakitangan kebudayaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. Mohd Rizal juga tinggal bersendirian selepas ibu bapa mereka men1nggal dunia.
Ezad berkata, pengorbanan Allahyarham pada keluarga sangat besar kerana menjaga ibu bapa di kampung sehingga bapa mereka menghembuskan nafas terakhir pada 2019 dan ibu pula pada Ogos tahun lalu.

Sumber : harian metro