PROGRAM TUN M "BERSATU BLACKOUT" IKTIRAF KUASA POLITIK NAJIB RAZAK??




Satu program blackout ceramah anak dan bapa berhubung isu Najib.telah dianjurkan di Hotel Raia, Kedah (dulu nama TH Hotel sebelum ianya "dipindah milik" oleh kerajaan PH) semalam. "Program ‘BERSATU BLACKOUT’ mencipta sejarah baru apabila Tun M memanggil Dato Sri Najib Razak sebagai Bossku. Mengikut hitungan oleh audien yang mengikuti siaran langsung di facebook sekurang-kurangnya 15 kali Tun Mahathir menyebut nama Najib Razak dan sekali mengakui Najib sebagai Bossku. Skrip ucapan yang boleh diramalkan daripada Mahathir, beliau tetap menyatakan segala masalah kejatuhan Pakatan Harapan sehingga keluarnya PPBM dari PH terletak ditangan Najib Razak. Begitu trauma Mahathir dengan anak Tun Razak sehinggakan semua keputusan dalam PPBM ditentukan Najib."