Masjid Al-Aqsa Kembali Dibuka, Jemaah Solat Subuh ‘Melimpah’ Hingga Ke Luar

Pendemik Covid-19 yang melanda dunia bukan sahaja menghentikan seketika aktiviti manusia, malahan turut membuatkan tempat-tempat tumpuan umum di seluruh dunia ditutup buat sementara waktu.
Namun, sejak beberapa minggu lepas, banyak kelonggaran telah dibuat. Bagi umat Islam, pastinya pembukaan semula kota suci Mekah dan Madinah bagi tujuan umrah dan haji amatlah melegakan.

Al-Aqsa kembali meriah

Selain daripada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, perkarangan Masjid Al-Aqsa di Palestin turut sudah mulai dibuka bermula hari ini.
Susulan daripada itu, masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam telah dibanjiri penduduk sekitar yang tidak melepaskan peluang menunaikan solat subuh pada hari pertama pembukaan selepas 70 hari ditutup.
After closure to the general public for almost 70 days, Masjid al-Aqsa reopened this morning at the time of Salatul Fajr. There were incredible scenes as musallees waited for the Masjid doors to open, chanting the Takbeeraat and other slogans associated with Masjid al-Aqsa.
View image on TwitterView image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter
See Voice of the Cape's other Tweets

Masing2 amalkan penjarakkan sosial

Menerusi perkongsian di Twitter, dapat dilihat dengan jelas para jemaah menunaikan solat mengikut SOP yang disarankan oleh badan kesihatan Dunia (WHO) iaitu melakukan penjarakkan 1 meter serta memakai penutup mulut.
Solat Subuh secara berjemaah itu begitu meriah apabila saf para jemaah melimpah sehingga ke perkarangan masjid.
Terdahulu, pihak pengurusan Masjid Al-Aqsa telah memaklumkan menutup masjid bersejarah tersebut bermula pertengahan bulan Mac disebabkan penularan pendemik di Palestin.
Selepas 70 hari penutupan, pihak Masjid membuat keputusan membuka semula tempat tumpuan umat Islam itu selepas Covid-19 dilihat menunjukkan penurunan jangkitan disana.

Sumber : Twitter