Tular wanita imamkan suami mualaf, Dr Zulkifli kata tidak boleh!



Wanita tidak boleh menjadi imam kepada kaum lelaki termasuk suaminya walaupun bergelar seorang mualaf yang belum cukup mempelajari ilmu agama Islam.

Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjawab soalan wartawan berhubung tindakan seorang wanita yang mendakwa menjadi imam kepada suaminya yang juga mualaf di laman Twitter beberapa hari lalu.

Menurut beliau, perkara tersebut sudah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sejak dahulu lagi dan juga merupakan pendapat para ulama.


“Saya syorkan dalam isu seperti ini, suami dia akan tetap menjadi imam dan isteri perlu menjadi makmum. Dalam situasi seperti ini..
“…mungkin boleh cari seorang ahli keluarga lain seperti anak dan keluarga yang terdekat yang memungkinkan ia menjadi imam (kepada pasangan itu),” katanya menerusi laporan Bernama semalam.

Tambah Dr Zulkifli, beliau menyifatkan tindakan wanita tersebut sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam dan solat mereka tidak sah.

Terdahulu, wanita berkenaan didakwa bangga mendedahkan tindakan itu sekaligus mengundang kecaman warganet di media sosial.

“Sakit betul hati korang…”


“Aku dah belajar agama dari kecik..”


“Siapa korang nak anggap aku tak ajar laki aku…”


Sumber : Bernama TV
Read more: Tular wanita imamkan suami mualaf, Dr Zulkifli kata tidak boleh! https://ohmymedia.cc/tular-wanita-imamkan-suami-mualaf-dr-zulkifli-kata-tidak-boleh