Mukhriz jatuh mengejut, Abu Syafiq tawar diri bertanding di parlimen Jerlun dan Langkawi
Pelbagai pihak tampil memberi ulasan mengenai suasan politik Kedah termasuk pendakwah bebas Abu Syafiq
Menurut Abu Syafiq, dia sanggup menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Jerlun dan Langkawi. Umum mengetahui kedua-dua kawasan parlimen tersebut merupakan kubu kuat Mukhriz dan bapanya Tun Mahathir
“Parlimen Jerlun dan Parlimen Langkawi dah boleh buat PRK dah. Sebab ramai dah tolak DAP. Insya Allah saya akan bertanding di kedua-dua kerusi tuh if ok.”
Denggan menggunakan nama fb Rasyiq Alwi berikut komen Abu Syafiq
“Najib Razak sudah sudahlah berpolitik DS Najib yg kami sayangi. Jom kejar 10 akhir Ramadhan ni dgn ibadah dan sedekah. Di Pekan ramai yg memerlukan”
SEMUA Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah dijangka meletak jawatan, susulan peralihan kerajaan negeri yang dijangka berlaku esok.
EXCO Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air, Datuk Ir Zamri Yusof, berkata pihaknya akur dengan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.
“Kami Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sudah mengadap baginda semalam, jadi saya terima apa saja titah Tuanku esok.
“Cuma saya berpuas hati dan kebetulan minggu ini lengkap dua tahun saya dan rakan lain bertugas sebagai EXCO, saya sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat, terutama dalam soal pengurusan bekalan air,” katanya.
Terdahulu, Zamri ditemui selepas Majlis Ganjaran Water Hero Challenge 2020 di Ibu Pejabat Syarikat Air Darul Aman (SADA) di Alor Setar, hari ini.
Zamri yang juga wakil PKR bagi ADUN Suka Menanti berkata, beliau akan hadir melaksanakan tugasnya di Wisma Darul Aman esok pagi, sehingga titah Tuanku dikeluarkan.
“Saya sudah bersama PKR selama 21 tahun dan pernah memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Pengerusi PKR negeri.
“Selepas ini saya akan terus bekerjasama bersama parti PH, iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH),” katanya.
Ditanya mengenai kerjasama bersama Mukhriz selepas ini, Zamri menjelaskan pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pemimpin berkenaan.
Selasa lalu, Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 ADUN, termasuk daripada BERSATU.
Berikutan itu, komposisi DUN Kedah menyaksikan perubahan apabila PAS kini menguasai 15 kerusi, manakala PKR (lima), AMANAH (empat), BERSATU-Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat), BERSATU-Tun Dr Mahathir Mohamad (dua), UMNO (dua) dan Bebas (dua)