“Kami selesa dengan TSMY…” – Netizen tolak ‘Usul Tak Pecaya PM’ selagi Covid-19 belum reda
Belum lagi reda dengan pandemik Covid-19, nampaknya Malaysia berkemungkinan terpaksa berhadapan sekali lagi dengan krisis politik.
Menerusi laporan berita, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof, telah menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Covid-19 belum reda jangan tambah krisis
Usul tersebut yang dikemukan oleh bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 4 Mei lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).
“Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat…”
18 Mei ini Dewan Rakyat
Justeru, 18 Mei ini, Dewan Rakyat dijangka bersidang sehari dan dijangka disambung semula pada Julai nanti, kita perlu sedia maklum jika usul ini terus dilaksanakan, ia mampu menggugat jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri.
Negara masih berjuang lawan Covid-19
Sementara itu, boleh dikatakan rata-rata netizen menolak cadangan tersebut, memandangkan krisis Covid-19 masih lagi belum reda, ditambah pula rakyat Malaysia kini sudah mula percaya dengan pucuk pimpinan Tan Sri Muhyiddin.
PM TSMY berjaya tangani Covid-19
Kerajaan sedia ada dah cukup baik
Bagi reda Covid-19 dulu baru sembang pasal politik
Bila negara makin pulih, nak kaut kuasa balik?
Bukan mahu menyokong mana-mana pihak, namun adalah lebih baik jika Malaysia fokus dahulu menangani Covid-19, kerana negara masih belum pulih sepenuhnya.
Sumber : Berita Harian & Dr Asyraf Wajdi Dusuki