Hajat ‘Pergi’ Di Bulan Ramadan, Impian Mak Tercapai Walaupun Perit Bagi Anak2


Kehilangan ibu bapa adalah ibarat sebuah mimpi buruk bagi anak-anak. Disebabkan itu, anak-anak disarankan untuk sentiasa menghargai ibu bapa semasa nyawa mereka masih lagi dikandung badan.
Walaupun mereka sudah pergi dijemput Ilahi, anak-anak terutamanya yang beragama islam dituntut untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan roh ibu bapa mereka.

“Mak pergi pada bulan puasa…”

Di Twitter, seorang pemuda berkongsikan kisah ringkas pemergian ibu tercinta pada 29 April 2020. Ibunya sebelum ini menghidap kanser otak tahap empat telah ditakdirkan menemui Ilahi pada 6 Ramadan lalu.
Ibu pemuda ini telah didiagnos dengan pelbagai sakit kanser sejak tahun 2016. Antara adalah, kanser usus, kanser hati, kanser paru-paru dan akhir sekali kanser otak.

2016 kanser usus ditahap 3, 2018 kanser hati

Tahun 2019, kanser otak tahap 4

“Mak pernah cakap seronoknya meninggal bulan puasa…”

Lebih menyayat hati, ibunya sebelum pernah menyatakan hasrat kepada anak-anak untuk dijemput Ilahi pada bulan Ramadan. Tanpa dijangka, hajatnya itu sememangnya jadi kenyataan dan perkara ini harus ditelah pahit oleh ahli keluarga.
Di ruangan komen, ramai yang meninggalkan ucapan takziah dan sedekahkan Al-fatihah keatas pemergian ibunya yang tersayang.
Sumber: Twitter.