Angkara duit insurans suami, wanita difitnah berkhalwat dalam rumah sendiri?
Dalam rumah tangga, pastinya ada turun naik. Ujian yang datang memberikan kekuatan buat pasangan untuk mengeratkan lagi cinta mereka.
Namun apabila diduga dengan sesuatu yang tak dijangka, pastinya ada diantara mereka memilih untuk menarik diri demi kebahagiaan orang sekeliling.
Kena fitnah khalwat
Hal ini dikongsikan seorang wanita di Facebook apabila dia difitnah orang seseorang sehingga ditangkap khalwat dirumahnya Sedangkan ketika itu dia bersama suaminya yang OKU di dalam bilik, manakala adik angkat serta kakaknya berada di ruang tamu.
Perkara itu menjadi lebih aneh apabila keluarga mertua yang sebelum ini mengabaikan anak mereka yang terlantar sakit tiba-tiba turut sama ada di malam tersebut apabila dia dibawa ke pejabat agama kerana dituduh ‘berkhalwat’.
Tiba2 datang tanya duit insurans
Menurutnya lagi, keluarga mertuanya dikatakan merancang pelbagai helah untuk memisahkan mereka berdua. Kemuncaknya apabila mereka turut serta berada di tempat kejadian semasa dia ditangkap dan ingin membawa suaminya balik ke pangkuan keluarga.
Lebih memedihkan mereka tidak henti-henti bertanyakan perihal duit insurans suaminya yang sebelum ini mengalami kemalangan sehingga tidak berdaya seperti sekarang.
Akan fail penceraian
Susulan daripada kes itu, wanita tersebut dikatakan akan menfailkan penceraian kerana sudah tidak mampu menanggung derita akibat difitnah.
Kisah pernah tular
Kisah mereka yang pernah tular sebelum ini sehingga menarik minat pengarah drama memgadaptasikan perjalanan hidup mereka kini akur dengan desakan sekeliling sehingga terpaksa mengambil keputusan yang sangat sukar ini.
Bulan mulia harap ada sinar buat sis
Susulan daripada perkongsian tersebut, warganet mulai tampil mempertahankan wanita itu daripada fitnah yang dilemparkan. Mereka juga berharap agar wanita tersebut serta anak-anak dapat bertahan dan pastinya ada kebenaran disebalik hal yang berlaku.
Pertahankan hak sendiri sis
Sampai hati buat macam tu
Dalam muat naik video terbarunya, dia meminta agar orang ramai tidak menghentam pejabat agama kerana mereka hanya menjalankan tugas berikutan mendapat laporan daripada seseorang.
Jadi, dia meminta agar memberikan pihak tersebut ruang untuk menjalankan siasatan diatas apa yang berlaku.
Sumber : Siti Rohayu