2 bulan masjid dikunci, akhirnya hari ini solat Jumaat pertama kali diadakan selepas PKP




Setelah hampir dua bulan Malaysia tidak mengadakan solat berjemaah di masjid dan surau, selepas daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Hari ini, menjadi detik sejarah apabila pihak kerajaan telah membenarkan masjid dan surau dibuka semula untuk solat Jumaat, dengan mengikut syarat dan SOP yang ditetapkan.

Jemaah perlu ikut SOP
Menerusi liputan pihak media di Masjid Negara hari ini, kelihatan beberapa jemaah sudah mula memenuhi ruangan solat yang ditetapkan.

Difahamkan, hanya 30 orang jemaah yang terpilih sahaja dibenarkan menyertai solat Jumaat pada hari ini, dengan mengikut penjarakan sosial.





Akhirnya dapat buat solat Jumaat
Terbit pula rasa sayu, apabila kebiasaannya kita melihat di masjid dan surau selalunya penuh jemaah menunaikan solat Jumaat, namun hari ini hanya dua saf sahaja yang digunakan.





Bagaimana pun, syukur kini rumah Allah sudah dapat diimarahkan kembali, diharapkan wabak penyakit ini segera reda dan dapatlah para Muslim yang lain mengubat kerinduan untuk beribadah di masjid dan surau semula.

Sumber : Malakat Tribune & Harian Metro
Read more: 2 bulan masjid dikunci, akhirnya hari ini solat Jumaat pertama kali diadakan selepas PKP https://ohmymedia.cc/2-bulan-masjid-berkunci-akhirnya-hari-ini-solat-jumaat-pertama-kali-diadakan-selepas-pkp