‘Jangan putus asa Ebit, ALLAH nak uji kita…’-Datuk Mohd Kazim
Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew diharap tidak putus asa dan meneruskan usaha-usaha dakwah serta membantu mereka yang memerlukan.
Saranan itu diberikan pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang memuji usaha dilakukan Ebit kerana memberikan inspirasi kepada semua orang untuk membantu golongan susah.
Menurutnya, segala yang berlaku kepada Ebit merupakan satu ujian daripada ALLAH untuk menguji keimanan dan meningkatkan darjat hamba-NYA.
“Apa yang dilalui oleh Ebit Lew saya telah lalui dan ia memang sesuatu yang menyedihkan perasaan. Saya pernah disantau, dihentam dan diboikot. Namun ujian tersebut ada hikmahnya dan menghasilkan sesuatu yang baik termasuklah dengan penubuhan Pusat Pendidikan Al-Barakah.
“Saya harap Ebit Lew jangan patah hati dan teruslah membantu orang ramai. Nasihat saya, kalau orang hentam kita, nabi lagi teruk kena hentam. Apa yang berlaku ini ALLAH nak uji kita dan nak tunjuk siapa kawan dan siapa lawan sebenar,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Ebit Lew untuk berehat daripada memberi bantuan secara langsung kepada golongan yang memerlukan itu.
Kepada Pihak Yang Mengh1na
Kepada Pihak Yang Mengh1na
Sementara itu, Mohd Kazim turut kesal dengan sikap pihak tertentu yang bertindak menghi1na dan memperl3keh usaha dilakukan oleh Ebit.
Ujar beliau, sebarang teguran yang mahu dibuat perlulah secara berhemah dengan menggunakan bahasa yang baik tanpa mengg0res perasaan mana-mana pihak.
Ujar beliau, sebarang teguran yang mahu dibuat perlulah secara berhemah dengan menggunakan bahasa yang baik tanpa mengg0res perasaan mana-mana pihak.
Mohd Kazim berbangga dengan penubuhan Pusat Pendidikan Al-Barakah yang dibina hasil kesusahan dan pelbagai ujian dihadapi sepanjang bergelar pendakwah.
“Janganlah guna media sosial untuk tibai Ustaz Ebit Lew, ini saya rasa tak kena. Ustaz sama ustaz sepatutnya tolong-menolong. Kalau kata tak betul, tak kena cara dalam menyampaikan bantuan, pergilah minum-minum slow talk. Tak payahlah menghangatkan keadaan.
“Saya lihat ada yang buat video memperli orang yang dapat bantuan, memperli ustaz yang beri bantuan pun tak sepatutnya dibuat, patutnya usaha-usaha baik membantu masyarakat ini diberikan sokongan supaya lebih ramai akan ikut,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Kazim turut mengingatkan pada pendakwah supaya berhati-hati dalam memberikan bantuan dan sumbangan yang kemudian dipamerkan di media sosial kerana tindakan itu boleh mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen.
Katanya, sebarang bantuan atau sumbangan yang mahu disalurkan perlu dilihat dari pelbagai sudut termasuk mendapatkan pandangan pihak berkuasa seperti Baitulmal dan pusat zakat.
Jelasnya, tindakan itu wajar kerana terdapat segelintir individu yang suka mengambil kesempatan semata-mata mahukan bantuan.
“Saya mengambil contoh pengalaman di Al-Barakah sendiri dalam memberikan sumbangan kerana banyak yang kita jumpa mereka ini tidak susah pun dan sengaja memperlihatkan kesusahan sebab hendakkan bantuan.
“Ada yang bila kita rujuk Baitulmal kenapa tak bantu, rupanya bila disiasat orang ini ada tanah dan harta yang banyak dan tak layak terima bantuan walaupun tengok keadaannya macam orang susah,” katanya.
Beliau berkata, tindakan membantu orang ramai dan memaparkannya di media sosial bukanlah satu kesalahan namun apabila netizen mula mempersoalkan peranan pihak lain, itu menjadi masalah dan menggores perasaan pihak-pihak tertentu.
Seblum ini Mufit Perlis, Dr Asri juga memberi nasihat yang sama kepada Ebit Lew
‘Ebit Lew jangan simpan dalam hati’
‘Ebit Lew jangan simpan dalam hati’
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dinasihat supaya tidak menganggap ujian yang menimpanya ketika ini sebagai faktor untuk tidak lagi meneruskan kerja kebajikan.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata Ebit Lew tidak perlu menyimpan segala kritikan dan tohmahan pihak tertentu di dalam hati sehingga boleh menjejaskan usaha yang dilakukannya selama ini.
“Ebit Lew tidak perlu nak simpan dalam hati sangat benda yang macam itu (tohmahan pihak tertentu).
“Jika dia ikhlas membantu orang, pasti tidak ada masalah (yang timbul) dan jangan disimpan kerana di dalam dunia ketika ini memang sudah lumrahnya macam itu.
“Sudah lumrah apabila manusia melihat seseorang itu melakukan perkara yang baik, pasti mereka akan memberikan pandangan atau kritikan. Malah penyanyi yang tugasnya menghiburkan orang pun tidak terlepas dari dikritik,” katanya dalam kuliah yang dirakam secara langsung di Facebook hari ini.
Semalam, Ebit Lew melalui hantaran di Facebook membuat keputusan untuk tidak lagi membantu secara langsung golongan yang kurang berkemampuan selepas beliau dipanggil memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Mengulas mengenai tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan keikhlasan Ebit Lew, Mohd Asri berkata sebagai manusia biasa, ia bukanlah satu urusan yang perlu dicampuri kerana ia membabitkan amalan atau niat individu dengan tuhannya.
“Orang memberi sedekah, bukan urusan kita untuk mengetahui sama ada pemberi itu ikhlas atau tidak kerana itu antara dia dan Allah.
“Ikhlas ini rahsia, jika seseorang itu ikhlas (melakukan kebajikan) dia memperoleh pahala dan jika sebaliknya dia tidak dapat pahala tetapi dapat dosa. Cumanya orang yang menerima bantuan itu dapatlah barangan keperluannya yang diberi,” katanya.